ads

Sabtu, 19 November 2011

Coretan di Hari Terakhir Persekolah.....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah,,syukur ke hadrat Allah SWT...kerana dengan izinNya sy dpt menulis blog kali ni..Rasenye da lame tak post kan ape2 entri sejak kebelakangan ni..Bila da hujung tahun ni bnyk perkara yg harus di setelkan. Siapkan report kad pelajar, kad kokurikulum,rekod kedatangan pelajar, dan macam2 lagi la...Dan hujung tahun ni, ramai pualak cikgu2 yang nak berpindah keluar dari sekolah ni dan buat En Mong, saya ucapkan selamat bersara. Tahun ni ,merupakan tahun terakhir beliau bersama ACS. Setelah 13tahun berbaktik di sekolah ini. Pasti banyak jasa telah ditaburkan kepada sekolah ini. Pada aku, beliau memang yang istimewa.Pesanan terakhir beliau, jangan banyak mengeluh dengan tugas yang diberikan dan buat sebaik mungkin. Selain En Mong, Pn Vanaja, Pn Lee Siew Goh dan Pn Jesse masing2 telah bertukar ke sekolah lain. Semoga mereka teruskan bakti mereka dalam mendidik anak bangsa ke arah kecemerlangan. Sebelum ini juga, ada beberapa guru juga yang telah bertukar. Antaranya PK HEM, Tn Hj Samsudin, Pengetua ( ke PPD),En Adaikalaisamy(kaunselor), Pn Norliza Mat Radzi(SU Displin), Pn Emilia Man( Kaunselor aka my mentor), dan En Rajamokan (SU PIBG).Masing2 yg bertukar merupakan org2 penting di ACS.

Dan yg terbaru ni, sblm sekolah cuti, ade juga cikgu2 yg nk bertukar antaranya En Kamaljeet, Pn Zainam, pn.zaliah dan En Zahrin(belum kompem).Emm, entahla, sejak pegang kelab guru sekolah ni, ramai cikgu yang berpindah. Mungkin ade ketidakpuasan hati dengan kelab guru tahun ni. Aku harap aku xpegang lagi tahun depan. Berilah kepada yg betul2 layak. Yang dapat menjaga kebajikan guru2 lain sebaiknya. Aku merasakan aku dah cuba yang terbaik tapi ini sajalah yg mampu aku lakukan. Aku mohon kemaafan kepada semua cikgu2 kerana tak dapat beri yg terbaik.

Aku jugak minta maaf sebab majlis perpisahan utk 4 org guru tak dapat diadakan. Sebab tiada siapa yg maklum kan kpd aku. Yela, dalam sminggu ni aku tiada di sekolah sebab bertugas sbg pngws SPM. Kalo ade di sekolah pn cuma pd waktu ptg krn ade kerja yg nk selesaikn. Tapi agak terkilan jgk sebab ade jgk yg nk salahkn aku. Sedih la rase hati ni.Tapi xmengapala, mereka xberada ditempat aku jd mereka xdpt rasakan ape yg aku rase. Kdg2 aku terasa tekanan yang amat sangat dan selalu di dalam keadaan yg serba salah dan sering dipersalahkan. Ape lagi agaknya serangan mereka kpd aku lps ni. Tunggu dan lihat saja la.

Tak sabar rasanya utk tunggu pengesahan jawatan. Bole jgk mintk tkr skola. Tp bkn la bermaksud tak mampu menahan tekanan di ACS ni tapi aku harap supaya dekat dengan mak dan ayah aku. Ayah pn da brape sihat. Kalo dekat boleh la aku hantar ke klinik kalo die xsihat.

Emm,,setakat tu je la coretan kali ni...Semoga Allah beri kekuatan dalam menghadapi dugaan dan ujian yg mendatang...

Sabtu, 6 Ogos 2011

Selepas Seminggu Berpuasa....~


Assalamualaikum...

Sudah hampir seminggu umat islam menunaikan ibadat berpuasa..Tak terkecuali aku..Alhamdulillah, aku dapat menunaikannya walaupun dalam keadaan yang agak meletihkan..maklumlah, ini adalah pengalaman pertama berpuasa di dalam kerjaya aku sendiri sebagai guru..Hari pertama berpuasa aku dapat rasakan keletihan yang teramat sangat..tak pernah rasanya merasakan keletihan seperti itu...mmg la sape2 pun letih bile berpuasa...tapi letihnya kali ini mmg luar dari kebiasaan aku..Namun, Alhamdulillah,hari demi hari sehinggalah hampir seminggu berpuasa, aku semakin dapat membiasakan diri...Dan semakin mendapat rentak ketika mengajar di dalam kelas...

Bila tiba bulan puasa ini,pasti aku akan rindukan keluarga di kampung...tempat tanah tumpahnya darahku...bila berada di perantauan mmg berlainan rasenye...rindukan masakan emak..walaupun selalunye simple tapi aku amat bersyukur dengan ape yg emak sediakan utk berbuka..mmg la xsemewah seperti apa yg aku slalu mkn ketika di Klang ini tapi rasanya mmg berlainan daripada ape yg emak masakkan utk aku...simple tetapi bermakna..sebab yg sediakan adalah bonda yg aku sayangi..air tangannya mmg ajaib...begitulah ajaibnya kasih sayang seorang isteri dan ibu terhadap keluarganya..

Emm,,jadi hari ni 6 0gos bersamaan 6 Ramadhan...aku menemani Yaya ke klinik gigi di PJ,tujuannya utk memasang braces pade giginya..mahal jugak ye,,3ribu lebih...aku dan yaya tidak bersendirian sebab ditemani juga kak irma n raudhah...slps itu, hantar pula raudah ke site tempat tunangmye, Nakhaie bekerja..so,slps itu kitorg habeskan mase di sunway piramid sementara menunggu yaya menyelesaikan urusannye...di sunway piramid, aku berjalan berseorangan...dan singgah di kedai buku popular...jadi di kedai ni,aku tertarik pada sebuah buku bertajuk 'Murabbi Cinta'...aku pn xtau kenapa aku tertarik buku2 kisah cinta ni...mungkin sebab selepas aku berpisah dgn aini..mungkinkah aku harus mencari cinta lagi..???(huhu...mls nk fikir)...so, ptg tu slps amik yaya, kitorg berbuka puasa di PJ beramai2...kbtln kak irma nk blanje...(tq kak irma..hehe)dpt mkn mee goreng pattaya n air fresh oren..best2.hehe..jd hari ni aku tak keluarkan lgsg duet...semuanya disponsor oleh rakan2ku...so, tq yaya,kak irma n raudhah...bile2 boleh la blanje lg...hee..wassalam...~

Sabtu, 23 Julai 2011

seminggu sebelum Ramadhan...~

Assalamualaikum,,

Lame xpost kt blog saye ni...kebelakangan ni asyik sibuk dengan tugasan kerja...daripada kerja dalam sekolah sehingga lah ke peringkat daerah Klang..Klang memang sangat aktif pada pandangan saya..walaupun bajet atau peruntukan semakin berkurangan, daerah klang masih lagi mampu mengadakan aktiviti kokurikulum utk pelajar sekolah di daerah ini...Namun yang paling sibuk sudah pastinya guru-guru yang membimbing pelajar dalam badan beruniform mahupun sukan dan persatuan...sudah la sibuk dengan P&P kelas ditambah pula dengan tugasan2 sampingan yang lain, mmg xterbayang kesibukan guru pada masa kini...di samping mengajar pelajar di dalam kelas, tugas guru juga adalah mendidik pelajar untuk menjadi seorang insan yg seimbang dari segi JERI,dan juga mempunyai nilai kepatuhan kepada tuhan...

Pada saya, tidak berguna jika pelajar itu cemerlang dari segi akademik tetapi mempunyai sahsiah yg sangat teruk.. Pada saya ia adalah satu kegagalan kepada bidang perguruan..Jika diimbaskan kembali kisah Rasulullah saw, baginda memulakan langkah menyebarkan islam dengan mengubat kembali penyakit2 hati yang ada dalam diri manusia..Maksudnya di sini, baginda sangat menitikberatkan nilai2 murni yg ada dalam diri manusia..

Kejayaan sebenar kpd seorang guru adalah berjaya menghasilkan pelajar yg cemerlang dari segi akademik dan juga seorang yang mempunyai keperibadian yang sangat mulia...itulah pada pandangan saya seorang yg benar2 cemerlang...

dilihat pada hari ini, masalah displin pelajar smkn merosot...Mengapakah terjadinya perkara seperti itu??Pada saya itulah mslh sistem pendidikan di negara kita yg terlalu berorientasikan peperiksaan...mentaliti pelajar kini adalah belajar utk mendapatkan gred A...adakah dgn gred A itu pelajar mampu menjadi seorang yg baik???

Jadi, disamping cikgu2 mengajar mereka didalam kelas, terapkanlah juga nilai2 murni supaya mereka mudah menyedari akan kesilapan mereka supaya kelak mereka tidak akan datang berjumpa ckgu mereka dengan rasa menyesal...biarlah mereka datang menemui kita dengan rase bersyukur dan berbangga dengan guru mereka,,,

wassalam...~

Sabtu, 18 Jun 2011

Mana Milik Kita ???



Assalamualaikum...

Seketika terdengar lagu alunan allahyarham ustaz asri dari kumpulan rabbani yang bertajuk Mana Milik Kita, terdetik dalam hati ini, betapa kerdilnya dan hinanya diri ini di hadapan-Nya. Hinanya diri ini terasa kerana seringkali diri ini lupa dan tidak bersyukur dengan apa yang telah Dia kurniakan. Sudah bermacam-macam nikmat telah kita perolehi, nikmat 5 pancaindera, nikmat makan, harta kekayaan, nikmat kesenangan...MasyaAllah, mampukah kita menghitung berapa banyakkah nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita??Ya kawan-kawan,,tidak terhitung banyaknya...tapi, pernahkah kita bersyukur dengan apa yang telah kita perolehi??Jadi, yang mana satu hak kita kawan-kawan??semuanya adalah milik Allah..tapi kenapa ada segelintir dikalangan kita begitu sombong dengan harta kekayaan yang dimiliki??sehinggakan sanggup menghina dan menindas saudara seagamanya??lupakah dia yang hartanya juga cuma pinjaman??jadi kawan-kawan, tak perlulah kita begitu takbur dan bongkak dengan kekayaan yang sementara tu...takkan kekal kekayaan itu,

kecualilah ia dibelanjakan di jalan Allah..Insyaallah..jadi, saya ingin mengajak kawan-kawan bermuhasabah diri,saya bukanlah orang yang alim,ustaz mahupun imam muda tapi sebagai saudara seagama yang ingin berpesan2 sesama kita..maklumlah, bak kata Dr M, melayu mudah lupa.tapi bukan melayu saja yg mudah lupa, tapi sudah lumrah manusia mmg mudah lupa,,sebab itulah Allah menyuruh kita saling berpesan2 sesama kita...Insyaallah,,jika ini dapat diamalkan, kita semua tidak akan terjatuh kedalam perangkap musuh utama kita iaitu syaitan...sekian, wassalam...=)

Ahad, 8 Mei 2011

Pasrah Segalanya

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur ku panjat ke hadrat Illahi kerana masih lagi mengizinkan aku bernafas di atas muka bumi yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Sesungguhnya tiada apa yang mampu aku lakukan tanpa izin-Nya. Dialah Maha Menguasai segalanya di seluruh semesta.

Sudah 5 bulan aku berkhidmat sebagai guru, pelbagai rintangan dan dugaan telah aku hadapi. Banyak kisah yang terjadi dalam 5 bulan ni. Yang baik dan yang menguji diri. Cerita yang pada aku tiada kesudahannya. Pada aku manusia memang mempunyai sifat rasa tidak puas hati. Aku juga kadang-kadang terasa juga rasa tidak puas hati.

Seperti yang berlaku dalam komuniti sekolah aku, pasti ada ketidakpuasan hati meskipun sebaik mana kerja yang kita lakukan. Pada aku, apa yang aku dengar adalah satu kritikan untuk aku memperbaiki diri aku. Walaupun dalam hati ini terasa aku da buat yang terbaik, tetapi masih lagi ada yang mengata di belakang. Silapnya di sini, mengapa tidak memperbetulkan kesalahan aku secara terus kepada aku???Kenapa mesti menceritakan kelemahan dan keburukan aku kepada cikgu-cikgu lain?? Buruk sangat ke aku ni??Lemah sangat ke aku ni??

Pada aku, aku tiada masalah untuk menerima kritikan daripada mana-mana cikgu mahupun pelajar, tetapi biarlah terus kepada aku sendiri. Tak perlu lah diceritakan kepada orang lain. Bila difikirkan balik, memang sakit rasa hati ini tetapi biarlah Allah saja yang memberi pengajaran kepada mereka. Mungkin perkara kata mengata dah menjadi makanan harian mereka. Semoga Allah tunjukkan jalan kepada mereka.

Bila mendengar luahan daripada rakan-rakan sejawat aku yang setimpal nasibnya dengan aku, rasa kecewa aku kembali. Kerana kritikan mereka bagaikan tidak kena. Manakan tidaknya, aku dikatakan tidak aktif semasa hari sukan semalam sedangkan hampir seminggu aku datang sekolah pada tiap-tiap petang untuk melatih pelajar2 yang masuk perbarisan untuk hari sukan dan hampir setiap hari aku tidur lewat untuk menyediakan bahan untuk P&P. Dan semasa hari sukan, aku berjemur di tengah panas untuk menjalankan tugas aku sebagai pembantu pelepas. Kecewa rasanya di hati ini hanya Allah saja yang mengetahui...

Namun, aku akan gagahkan hati ini dan tahankan telinga ini untuk menghadapai dugaan yang mendatang. Aku pasrahkan segalanya yang terjadi...Pasti ada hikmah di sebalik segala yang berlaku....

Untuk kawan-kawan sejawat aku...dengarlah lagu ini...Semoga kita semua tabah mengharungi segala dugaan..dan jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah...

____________________________________________________________________________

Pasrah Segalanya

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

~Terima Kasih Emak~

"abang, tolong mak pergi kedai sekejap"

Masih terngiang-ngiang di telinga ayat itu sehingga sekarang.

"abang, dah solat ke belum??"

Antara ayat yang selalu diperkatakan emak yang sentiasa diingatan aku.
Namun, ape selalu aku balas...

"malas la mak" dan "jap lagi la mak"

Walau apa pun alasan atau kerenah aku lakukan, emak tak pernah merungut keletihan. Emak memang seorang yang tabah dan gigih dalam melayani perangai aku dan adik-adik2 aku yang kadang-kadang nakal nya agak keterlaluan.

Aku pernah dirotan emak kerana malas nak pergi sekolah. Mase tu aku masih lagi belajar di sekolah tadika al-arqam(setahun sebelum al-arqam diharamkan). Masih terasa lagi sakitnya dirotan emak. Tetapi masih terbayang diingatan wajah emak semasa merotan aku. Emak merotan aku kerana sayang kan aku. Walaupun banyak kali aku telah menyusahkan emak, emak tak pernah merungut.

Begitulah kasih sayang emak pada aku dan adik-adik aku semasa membesarkan kami adik beradik.

Kini, tibalah masa untuk aku membalas jasa emak...Walau berjuta wang aku kirimkan pada mak namun tidak terbanding dengan curahan kasih sayang emak pada aku. Tiap kali aku kenangkan masa lalu semasa emak membesarkan aku, pasti ada titisan air mata yang mengalir. Terlalu besar pengorbanan emak.

Mak, terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang mak terhadap abang...kerana didikan mak, abang berjaya...Semoga Allah panjangkan umur emak dan mengurniakan kesihatan yang baik untuk emak...

SELAMAT HARI IBU....MAK...~

Isnin, 2 Mei 2011

___Kisah Luqman Hakim dan Anaknya___

Assalamualaikum,

Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua. Kehidupan aku sebagai seorang guru memang banyak cabaran. Cabaran bukan sahaja datang daripada pelajar sahaja tetapi datang dari guru-guru senior juga. Memandangkan aku seorang guru baru, aku turutkan juga kata-kata mereka. Walaupun aku asyik ikut kata-kata mereka,tetap masih ada yang tidak berpuas hati. Tetapi aku turutkan saja. Selepas itu pasti ada ketidakpuasan hati dari guru senior lain. Jadi, kata-kata siapakah yang harus aku ikutkan????Namun dengan rasa sabar aku turutkan jua....

Bila melihat situasi aku sekarang, aku teringat kisah Luqman Hakim dan anaknya yang sedang dalam perjalanan melalui sebuah pekan. Jadi, aku nak cerita lah sedikit berkenaan kisah Luqman Hakim ni, seorang manusia yang bukan nabi mahupun rasul yang tercatat namanya dalam al-Quran...sama-sama la kita ambil iktibar dari kisah ini...
_____________________________________________________________________________________

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."


Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
____________________________________________________________________________________
Jadi, manusia memang tak kan terlepas dari percakapan manusia yang lain. Apa yang boleh dilakukan aku sekarang hanyalah SABAR saja. Walaupun aku rasa seperti dipergunakan. Insyaallah, ALLAH itu adil, segala apa yang kita lakukan pasti ada pembalasannya. Yang penting aku buat kerja aku dan tak kacau periuk nasi orang...
Semoga apa yang aku lakukan diberkati ALLAH....

Ahad, 1 Mei 2011

Kerana Sabar Juga Kunci Syurga

Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.

Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.

Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.

Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)

Ya, saya suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada saya. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.

Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.

" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"

Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana saya ingin mengajak anda melihat apa yang dapat kita peroleh dari sifat sabar ini.

Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan. Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.

Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu. Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

Saya bagi satu contoh yang mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsanya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati. Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.

Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.

Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.

Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.

Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita. Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.

Sabtu, 30 April 2011

~___MEdSI in Progress______~

Assalamualaikum,

Hari ni dimulakan dengan baik sekali.aku bley bgn terlebeh awal..kul 5 aku bgn merupakan perkara yang jarang2 sekali aku dapat lakukan. Selalunye kalau aku bgn pkl 5 aku mesti pejamkan balik mate ini...huhu

Hari ni aku kene pergi ke SMK Dato Hamzah untuk menjage exam MEdSI atau Malaysian Educators Selection Inventory...Ujian untuk calon2 lepasan stpm, matrikulasi n sebagainya yang memohon kursus ijazah sarjana muda pendidikan...kursus untuk jadi cikgu la cam aku dulu2...tapi aku xde la sampai kene ambil ujian ni...untungnya aku dulu...hehe...

Sebenarnye hari ni kat skolah ade hari kecemerlangan...n aku sendiri patut ade tugas yg kene lakukan iaitu aku jd ajk siaraya...tapi disebabkan aku da kene pergi jage exam, jd xdapat la join...terkilan jgk xdpt nk tgk pelajar2 yg cemerlang dalam PMR, SPM dan STPM tahun lalu...xpe la..xde rezeki nk join...huhu

Jadi, aku bertolak dalam kul 7.30..tapi aku xkeseorangan, aku ditemani my bestfren aka rakan sejawat kat sekolah...Cik Engku,, so, aku xboring la bawak kete...ade gak geng berbual...huhu

So, untuk ujian kali ni, aku dpt kenal en jalin...ketua pengawas kali ni...die memang best...nk dibandingkn ngan mr leow dulu..die lg best...xbnyk kerenah la...balut kertas jwapn pn xde la nk skema2 sgt...dpt blk cpt hari ni...huhu

Ujian hari ni nampaknya berjalan dgn lancarnya...ramai jgk yg hadir...kebanyakan calon nampaknya ade yg nmpk ciri2 seorg guru..bgs la kalo mcm tu..itu yg sebaiknya...ikut etika berpakaian seorg guru...tp ade jgk yg dtg pakai selipar..tp naseb bek la ket pngws kate xpe je..kalo x nk sound jgk td...so calon kene jawab 300 soalan dalam masa 1jam...(aih,,sempat ke???)dalam persoalan yg tmbul tu, terjawab dgn sendirinya, ramai yg da siap dalam masa stgh jam je...fuyo...kagum aku...huhu

Jadi, hopefully diorang sume akan menjadi guru yg berdedikasi...n smoga mereka akan cemerlang dalam kehidupan diorang...Insyaallah...~

Selasa, 26 April 2011

Kerja Oh Kerja....


Assalamualaikum,,

Semakin hari semakin sibuk dengan kehidupan bekerja...tak sempat nak mula kerja yang baru dapat , datang pulak kerja yang baru...sampai tak tahu yang mana nak didahulukan..agaknya itulah dunia pekerjaan, kene komplen, maki hamun, dan kritik dah jadi santapan harian aku...baru je semalam kene marah dengan cikgu form 6 sebab aku terambil kunci LCD...katenya aku dah bazirkan masa dia..yelah,,,aku akui kesalahan aku..aku tak salah kan dia walaupun ada rasa bengang di hati...disebabkan dia aku sentiasa beringat bila ambil kunci LCD tu...itu salah satu kisahnya,,dulu pun aku kene maki hamun jugak...tapi disebabkan aku ni guru baru, aku iyekan aje la salah aku...orang kata aku ni lurus sangat...tak pandai nak argue cakap orang...aku akui jugak yang tu memang salah satu kelemahan aku...tapi pada aku, aku lebih senang setelkan dengan akui kesalahan yang pada dasarnya bukan salah aku tapi aku akui jugak...pada aku biarlah orang lain senang hati walaupun hati aku yang derita...Dr Fadzilah Kamsah pun ade bagitau dalam ceramah motivasi beliau, dengan memaafkan orang lain, kita akan terasa lapang dada...terasa terlepas satu bebanan yang amat besar...jadi, aku lebih senang dengan diriku sendiri...aku bersyukur aku dijadikan sebegini...biarlah ada yang tak senang dengan sifat aku tapi aku tetap dengan pendirianku...sesungguhnya Allah mencipta manusia itu tiadalah cacat celanya...pernahkah kita nampak ketidaksempurnaan pada ciptaan-Nya??fikir2kan dan renung2kan dan selamat beramal...hehe
ape pun,,aku harus tabahkan hatiku untuk menempuhi alam pekerjaan sebagai seorang guru ini...smoga Allah kuatkan hatiku...InsyaAllah...~

Ahad, 24 April 2011

Terima Kasih Cinta...~



Semalam...
genap la hubungan kami selama 4 tahun. Banyak yang berlaku dalam 4 tahun ni, pernah clash la jgk.
Mungkin puncanya daripada aku...Yelah,,mase tu baru nak kenal2 dunia bercinta ni..bile da tak tahan mula la rase rimas...
Tapi sekarang,,alhamdulillah,,leh lagi bertahan...harapnya sampai la ke jinjang pelamin...
nak diingatkan kembali,,selama aku berkawan dgn die...aku penah keluar 3 kali je...sekali mase belaja, sekali mase praktikal dan sekali mase kat ipoh...itu pun berteman dgn anak sdare die...hehe
harapan aku smoga hubungan ini di berkati oleh-Nya dan direstui keluarga kedua2 belah pihak...
aku pn da nak kene stat smpan duit...xkan nak kawen buat loan kan...biarlah hasil dari titik peluh sendiri...
to dak kecik...i luv u so much...:D

Sabtu, 23 April 2011

Tuntutan Al Quran Terhadap Dirimu

Assalamualaikum ikhwah dan akhowat sekalian

Di hari kiamat, antara perkara yang digambarkan oleh Al Quran adalah terjadinya timbangan amal.

Ada orang yg pahalanya menjadi ringan dan dosanya menjadi berat. Maka ketahuilah kita bahawa dengan membaca Al Quran, pahala akan menjadi berat kerana....

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.

Wallahua'lam.

Saya Budak Baru Belajar.....

Assalamualaikum....

Diam tak diam da hampir stgh tahun aku menjalani kehidupan bekerja sebagai seorang guru. Ramai orang mengatakan kerja cikgu adalah kerja yang senang, gaji pon tetap, dan cuti pn banyak...itulah pemikiran aku sebelum masuk ke dalam bidang ni...namun setelah aku jejak kan kaki dalam arena perguruan ini,baru lah aku mengetahui bukan senang tugas guru masa kini...jika nak dibandingkan zaman dahulu, memanglah tak banyak kerja sangat...dahulu tugas guru hanyalah mengajar...guru2 dahulu dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses P&P nya...dan pelajar2 masa itu mungkin lah tidak seteruk zaman sekarang...seteruk2 pelajar zaman dahulu, mereka masih lagi boleh menghormati guru mereka..memanglah pelajar2 inginkan perhatian dari guru mereka,tapi tak de lah mcm skrg...buat bnyk mslh displin utk menarik perhatian guru2...aku bukan lah pandai sangat, tapi sekurang2nya aku boleh berusaha untuk bantu mereka...yalah,,mungkin disebabkan muka aku yang masih kebudak2an, mungkin mereka tidak dapat menghormati aku seperti guru2 senior yang lain..aku kesian dgn mereka,,sperti tiada hala tuju dalam hidup..dtg sekolah seperti tiada tujuan..ponteng,merokok,bergaduh,ejek-mengejek,dan sebagainya mereka lakukan di sekolah...belajar pada mereka xperlu...merasakan diri mereka sperti sudah tiada harapan lagi...kesian pada mereka...tapi apa yang mampu aku lakukan???aku masih lagi baru...masih lagi dalam proses belajar...aku harap satu hari aku mampu untuk bantu mereka untuk berubah...mampu untuk beritahu mereka yang hidup ini penuh dengan harapan dan impian...dan kita semua sentiasa mempunyai impian untuk digapai...percayalah...

Wassalam.....