ads

Isnin, 28 Jun 2010

Apa Nak Jadi Dengan Pelajar Sekolah Sekarang????

Beberapa hari yang lepas kita digemparkan dengan paparan berita utama media arus perdana tentang kematian seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah arab Ismaliliyah di Kelantan. Pelajar perempuan berusia 17 tahun itu mengalami pendarahan yang teruk akibat keguguran. Ini adalah satu lagi kes berkaitan dengan seks luar nikah.

Apa yang dikesali ianya berlaku di sebuha sekolah arab yang saya percaya penerapan nilai- nilai keagamaan itu adalah dilaksanakan secara menyeluruh. Namun saya tetap percaya dalam hal ini bukan nilai- nilai Islam itu yang salah tetapi bagaimana ia dilaksanakan secara memaksa dan tidak bijaksana menjadi punca ada sebahagian pelajar memberontak dan merasakan Islam itu bukanlah yang terbaik bagi mereka.

Kalau kita melihat lagi masalah sosial dalam kalangan remaja sekolah adalah lumba haram, mat rempit, minah rempit, punk, skinhead dan macam- macam lagi. Namun belum ada solusi konkrit mengatasinya. Ini bukan tanggungjawab Kementerian Pelajaran apatah lagi guru semata- mata tetapi jugak institutsi politik. Sekolah sudah cukup terbeban dengan dasar itu dan ini dan perubahan yang tak henti- henti oleh ahli politik berhubung dengan pendidikan nasional.

Saya suka mengaitkan ini sebagai kecelaruan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Jika seseorang yang masuk penjara maka dia akan dikenali sebagan banduan dan bukannya badut. Sangatlah pelik kalau seorang yang masuk penjara dipanggil sebagai badut. Begitu juga jika seorang polis memakai pakaian seragam polis maka dia akan dipanggil polis bukannya orang makan suap. Begitu juga pelajar, jika dia ke sekolah dengan pakaian seragam sekolah maka dia dipanggil sebagai pelajar bukannya samseng, budak bodoh atau budak jahat atau kaki ponteng.

Fitrahnya dan hakikinya dia adalah seorang pelajar. Anggapan orang luar, budak itu ke sekolah untuk belajar maka dia adalah pelajar. Orang itu dipenjara maka dia adalah banduan.

Namun adalah pelik dan janggal kalau seorang budak ke sekolah kemudiaanya dipanggil sebagai samseng, kaki buli atau pencuri. Maka ada sesuatu yang tidak kena dengan budak tersebut. Persoalannya dia pelajar, namun adakah dia memainkan peranan sebagai pelajar? Atau dia memainkan peranan sebagai samseng, kaki buli atau pencuri? Inilah ribuan kes yang berlaku dalam kalangan remaja sekolah hari ini.

Maka itu banyaklah kes dan masalah sosial membabitkan golongan remaja di bangku sekolah termasuklah kes buang bayi, samseng jalanan, ponteng dan mencuri. Antara solusi kepada perkara ini yang dikemukakan suatu ketika dahulu adalah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), sayangnya program ini dilaksanakan selepas mereka tamat persekolahan.

Justeru adalah penting untuk kita berterusan member ingatan dan nasihat kepada pelajar- pelajar agar mereka menyedari bahawa mereka adalah pelajar sekolah dan bertanggungjawab dan berperanan sebagai seorang pelajar yang matlamatnya adalah mencapai kecemerlangan IQ, EQ dan SQ secara optima. Kesilapan dalam penentuan matlamat ini juga adalah antara factor yang mengakibatkan ramai dalam kalangan pelajar berkenaan mengalami sindrom kecelaruan tanggungjawab dan identiti.

Sekali lagi saya menyarankan bahawa solusi terbaik dan bijaksana adalah kembali kepada Allah SWT. Tarbiah itu harus dilaksanakan secara bijaksana mendekati hati, peranan dan kehendak golongan ini. Daya penarik adalah dari pendakwah sendiri. Mereka harus tahu, wajar diberitahu dan faham akan indahnya Islam itu. Maka itu sampailah hakikat untuk menerangkan kepada mereka Islam itu Rahmatan Lil Alamin, rahmat kepada alam semesta.

Sumber: Fakhrul Ezam Shah

Ahad, 27 Jun 2010

Jangan Berkata 'Kalaulah'

Assalamualaikum...

Sudah lama rasenya tak menulis blog ini..Kehidupan aku sebagai seorang pelajar sudah pun berakhir. Namun, pada aku menuntut ilmu tidak ada batasan masa. Ia adalah nadi dalam kehidupan. Hanya ilmu dapat membezakan antara orang yang jahil dan orang yang mengetahui. Dalam dunia moden serba canggih ini terutamanya,kejahilan diri terhadap ilmu akan memakan diri sendiri seperti ditipu orang lain kerana tiada pengetahuan tentangnya. Jadi, aku akan terus belajar sehingga akhir hayatku. Begitu juga orang lain.Mereka akan belajar sedikit demi sedikit daripada pengalaman dalam kehidupan mereka.

Namun, dalam kita meneruskan nadi-nadi kehidupan dalam dunia yang kian uzur ini, kadangkala kita alpa lalu melupai akan Maha Pencipta. Kita lalai akan suruhanNya dan sering melakukan apa yang dilarangNya. Dalam sedar dan tidak sedar,aqidah kita mampu terpesong dari kiblat yang sebenarnya.Jika ditanya apakah kiblat kita yang sebenarnya pasti ada yang menjawab "kiblat kita sudah tentulah Kaabah". Memanglah begitu. Kanak-kanak tadika pun jawab soalan macam tu. Tapi bagaimana dengan kiblat hati kita. Adakah hati kita masih lagi berkiblatkan Yang Maha Pencipta?Dalam sedar atau tidak kiblat hati kita telah pun terpesong lalu mengatakan mahkluk adalah yang berkuasa.nauzubillah....sebagai contohnya, kita boleh lihat dikaca TV yang memaparkan iklan-iklan yang boleh membuatkan kita lari dari akidah kita yang sebenarnya..Iklan produk-produk kecantikan seperti jusmate5 contohnya. Orang-orang yang bermasalah dengan berat badan mereka pasti akan terpesona dengan produk ini lalu mengatakan "produk inilah yang boleh mengurangkan berat badan aku". Jika dilihat di sini, orang ini amat yakin yang produk itulah yang boleh mengurangkan berat badannya. Jadi, apa yang menjadi masalahnya kalau dia yakin dengan produk itu? Orang ini terlalu yakin pada makhluk dan bukannya pada ALLAH.Itulah masalahnya...Produk itu tidak akan menjadi tanpa izin dari ALLAH.ALLAH yang membuatkan produk itu berkesan.Bukan pencipta produk itu...Itulah kadang-kadang kita terlepas pandang.

Itulah sebabnya kita harus mencari lagi ilmu terus menerus tanpa henti.tanpa rasa jemu...semakin banyak ilmu yang kita pelajari semakin dekat kita dengan ALLAH...dan dalam mencari ilmu janganlah kita terpedaya dengan anasir-anasir yang boleh memesongkan akidah kita...Mak selalu berpesan pada aku tiap kali hendak pergi menuntut ilmu ditempat yang jauh..."sembahyang jangan tinggal"...itulah pesanan yang kerap dikatakan. Jadi, nak menuntut ilmu janganlah sesekali mengabaikan suruhanNya.

Dalam kita mencari ilmu, adakalanya kita apa yang kita rancangkan tidak dapat kita capai. Dengan maksud kata yang lain ;gagal..Janganlah sesekali kita mengeluh dan berkata "kalaulah aku buat macam ni, mesti keputusan aku lebih baik"...sebaliknya, katakanlah "aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi dan sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui kenapa aku dapat kptsn sebegini". Jadi, janganlah menyebut 'Kalaulah' sebaliknya katakanlah 'takdir ALLAH dan ALLAH berbuat sekehendakNya'...sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanya membuka jalan bagi syaitan melakukan sesuatu..

sekian saja untuk kali ini...Wassalam..