ads

Sabtu, 14 Julai 2012

Maafkan Aku......

Assalamualaikum.... Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Nya bernafas sehingga sekarang. Kehidupanku semakin hari semakin mencabar. Yelah, hidup seorang diri memerlukan aku untuk terus berdikari. Bukan tidak mempunyai teman, kawan n sahabat cume aku tidak mahu mengganggu kehidupan mereka yang semakin sibuk. Masing-masing akan mengejar rezeki yang Allah bentangkan dihadapan mereka. Kini, hidupku tidak seperti tahun pertamaku di klang.Aku sendirian menghadapi arus hidupku tanpa sesiapa di sisi. Pada siapa lagi harus aku luahkan dan kongsikan? Tatkala keseorangan di rumah adakalanya hati aku mengeluh, mengatakan mereka tidak lagi mengingati aku. Aku cuma diperlukan disaat mereka dalam keterpaksaan mendapatkan bantuan aku. Sadis bukan? Pahit untuk aku telan. Tapi apakan daya, inilah kehidupan. Ada hikmah di sebaliknya. Mungkin Allah mahukan aku teruskan hidupku dengan belajar dari sekeliling aku. Memang benar, aku perlukan sesorang di sisi. Seperti Adam yg keseorangan di dalam Surga. Lalu Allah menciptakan Hawa dari rusuk kiri Adam. Jadi, aku tidak perlu rasa gusar kerana jodohku pasti tiba. Bak kata Ustaz Don, tak perlu gaduh pasai jodoh ni. Yang penting perbaiki hubungan dengan Allah.Jadi, segalanya aku serahkan padaNya. Aku cuma ada Dia. Dialah penciptaku. Yang mengetahui segala yang aku perlukan. Terima Kasih Ya Rabb kerana mengurniakan bnyk nikmat padaku sehingga ke hari ini. Sebelum aku memejamkan mata, aku ingin memaafkan semua orang yg mungkin bersalah denganku. Smoga kalian berbahagia dengan kehidupan kalian. Maafkan aku andai aku bersalah terhadapmu. Sekian....