ads

Khamis, 10 Disember 2009

::Ilmu Ikhlas::

“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni”

“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”

“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.

“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”

“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”

“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.

“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.

“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.

“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”

“Tak buat apa-apa”

“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.

“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”

“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.

“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”

“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.

Sumber: Majalah solusi isu 10

Sabtu, 28 November 2009

::Gurau Senda::

Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita.


Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, “Hidup mesti ceria”.


Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka-reka, cerita yang dibuat-buat, perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain. Itu antara yang biasa saya temui. Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu. Tak sah kalau bergurau, dia tak mengata-ngata (secara bergurau) kat orang lain.


Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita. Saya juga pernah menganggap begitu kerana merasakan apa yang kita guraukan hanya mainan semata-mata, bukan betul-betul, dan bukan niat untuk betul-betul berbohong.


Betulkah persepsi macam ni?





Banyak Ketawa Mematikan Hati


Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak, sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak?


Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa.


Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,

“Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.” [1]

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: “Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!”




Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri. Kata Imam Ghazali,

“Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,” sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [2]




Kita biasa dengar,

“Isy dia ni. Ketawa sampai tak ingat dunia!”


Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat.


Nabi S.A.W. bersabda:
Maksudnya: “Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” [3]



Nilai Gurauan vs Nilai Persaudaraan


Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain.


Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘watak utama’ kisah gurauan tersebut?


Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa.


Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah?


Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:
“Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.”



Jujur dalam Berjenaka dan Gurau Senda


Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.


Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,

“Aku main-main je la…”

“Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”


Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta. [4]

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.” [5]


Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta.


Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [6]




Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.

Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” [7]



Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.


Apa yang saya perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.


Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:
“Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).

Mereka itu menjawab: “Tidak!”

Maka Umar r.a. menjawab:
“Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”


Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

~Wallahu a'lam~


Nota kaki:
[1] Ihya' Ulumiddin, Imam Ghazali, Jilid 4, Bab Bahaya Lidah.
[2] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[3] Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas dan 'Aisyah r.a.
[4] Riwayat Bukhari dan Muslim.
[5] Riwayat at-Tirmizi.
[6] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[7] Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih.

* Blog Penulis: dari HATI ke HATI
www.iLuvislam.com
Oleh: nasuha02*
Editor: b_b

Jumaat, 27 November 2009

::Selepas Itu::

Assalamualaikum....

Dah hampir seminggu da aku meninggalkan UPSI. Tamat sudah episod suka duka di UPSI. Yang pahit biarlah ia berlalu pergi, dan yang manis insyaallah akan aku sematkan erat dalam hati. Kawan2 yg kita sayangi dan pensyarah2 yg kita kasihi semakin hari semakin menjauhi kita. Namun begitu, walau sejauh mana pon diri mereka, mereka tetap dekat di hati kita.Walaupon baru seminggu, tapi rasa rindu kpd mereka semua sudah terasa dalam diri. Rasa sedih mmg akan menyelubungi kita. Tetapi kita harus ingat, setiap pertemuan pasti akan diakhiri dengan perpisahan. Hanya Allah akan menemukan kita semula. Entah bila, Hanya ALLAH penentunya. Sama2lah berdoa agar ukhuwah yang kita bina selama bersama menuntut ilmu serta menimba pengalaman yang bermakna akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Kini,kita semua akan mula memikirkan apa yang bakal berlaku selepas ini. Sudah cukup bersediakah kita untuk menghadapi praktikal di sekolah tak lama lagi??Sudah cukup bersediakah kita untuk menghadapi kerenah murid2 yang semakin bermasalah kini??Walau apapun persoalan yang bermain di minda, sama2lah kita berdoa agar kita semua dapat menghadapi segala kemungkinan dengan sabar dan tabah. Walau apa pun keputusan yang kita terima, itulah yang terbaik untuk kita. Walaupun kita gagal, tak beerti kita akan gagal untuk selamanya. Apapun, atas niat dan usaha serta kesedaran kita sendiri untuk bangkit dari kegagalan dan mencapai kejayaan.Kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya, kejayaan datang dari usaha, doa serta tawakkal kita. Ingatlah formula ini, USAHA + DOA + TAWAKKAL = KEJAYAAN . Namun sekiranya kita telah berusaha dan mengikut formula tadi, tetapi masih tidak dapat hasil seperti yang diharapkan, janganlah kita cepat melenting dan melatah. Apa yang kita dapat itulah hasil yang ALLAH beri kepada kita. Ingatlah, ALLAH penentu segalanya. Mungkin ada hikmha disebalik kegagalan kita itu. Yakinlah, apa yang ALLAH berikan kepada kita adalah yang terbaik utk kita. Walaupun kita tidak menyukainya, tapi itulah yang terbaik utk kita. Adakalanya apa yang kita suka xsemestinya terbaik utk kita. Begitu juga sebaliknya, apa yang tidak kita sukai xsemestinya buruk utk kita. InsyaALLAH...Yakinlah dengan ALLAH...dan bersyukurlah atas segala pemberianNya..

Akhir kata, sama2lah kita bermuhasabah diri...Sama2lah kita menghitung diri sendri..Pada setiap hari, apakah kebaikan yang kita buat...apakah amalan2 yg boleh kita jadikan bekal utk kita bawa ke akhirat sudah mencukupi????Sama2lah menghayati...InsyaALLAH kita akan mendapat petunjuk dari NYA....Sekian, Wasaalam...

Ahad, 4 Oktober 2009

::...Selamat Hari Lahir buat Sahabatku....::

Assalamualaikum,,

Hari ini, tanggal 4 Oktober, meningkat sudahlah umor sahabat baek aku kat UPSI ni.Slamat Hari Lahir yg ke-22 buat Khairwan bin Nawawi..semoga panjang umor dan di murahkan rezki..dan smoga Allah memberi jodoh yg baek dan solehah...okep..

wassalam...

::Lawakkah anda rasa???::

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik ""Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu
utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih
kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak
Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. Selain terhibur anda fikirlahlah...
" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi...""Lawak, ada juga yang agamanya Cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya...""Lawakkan, ramai orang percaya kepada gossip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumbamengejar dunia" ."Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukupmasa..

Wallahualam....

Sabtu, 3 Oktober 2009

::cari jodoh dalam lagu wali band::

Assalamualaikum....

Aku baru dengar lagu cari jodoh nyanyian wali band ni. Dgr mcm best...ok...mmg best..haha...so aku layan la...sesuai la utk sape2 yg masih xjmpe jdh sebab xlaku2 tu...termasuk la aku...heheh..okep...layan la...

Cari Jodoh - Wali Band

Apa salahku Apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

Timur Ke Barat
Selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

Reff
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku
aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
karena cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-Pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasiani aku
Tolong cari diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

::Dunia Yg Kian Bergoncang::

Assalamualaikum....

Beberapa hari yg lalu kita telah dikejutkan dengan berita saudara kita di Indonesia telah terlibat dengan bencana gempa bumi yg berukuran 7.8 skala ritcher. Gegaran tersebut turut dirasai oleh beberapa buah negara yg berhampiran termasuklah negara kita Malaysia. Di tempat saya belajar juga iaitu di UPSI Tg Malim turut merasai gegaran tersebut. Cuma saya dengan beberapa rakan yg laen yg tgh syok layan cerite si bujang sepah xprasan sehinggalah salah seorang kami yg laen yg baru pulang dari kelas mengatakan ramai org da berkumpul kat bawah blok sebab merasai gegaran tersebut...Haha...macam mane la bole xprasan..Kalo runtuh blok KHAR ni xke naye...

Em,,tapi sebelum berlaku gegaran kat indonesia tu telah berlaku satu lagi bencana alam di sebuah kepulaua yg diberi nama pulau samoa. Sebuah negara kepulauan yg berhampiran dengan pulau peranginan Hawaii. Gegaran yg berukuran 8.3 skala ritcher itu telah menyebabkan berlakunya kejadian tsunami seperti yg berlaku di Indonesia beberapa tahun dahulu. Menurut laporan media, dikhuatiri lebih 100 orang penduduk mati dalam kejadian tersebut...Emm,,kalau kita imbas bencana tsunami yg berlaku beberapa tahun dahulu,,,lebih 100ribu orang terbunuh dalam bencana tu....Emm,,,smoga Allah lindungi negara kita dari bencana macam tu...Insyaallah..

Nak dijadikan persoalannya kat sini sebenarnya kenapa sekarang ni banyak berlaku bencana2 seperti gempa bumi ni???Adakah menjadi suatu kepelikan pada zaman sekarang ni??

Jawapannya mudah saja, bagi kita umat Islam bukanlah menjadi satu kepelikan atau persoalan kenapa berlakunya bencana2 seperti ini pada masa kini. Ini kerana telah tercatit dalam al-Quran yg mana menceritakan tentang bencana2 yg akan berlaku pd akhir zaman ini..Di dalam al-Quran Allah telah menceritakan tentang tanda2 dunia ini akan kiamat(the end of day) yg mana salah satu tanda tersebut adalah banyak berlakunya gegaran di sana sini....Jadi tidak berasa peliklah sekiranya banyak berlaku gempa bumi di sana sni...menunjukkan kita semakin hampir dengan kiamat...

Walau macam mana pon, kepelikan dan persoalan tetap timbul tatkala banyak berlakunya bencana di sana sini. Apekah kepelikan2 itu???emm....fikir2...

OoOo...difikir2 semula,,,peliknya manusia ni sebab tanda2 kiamat semakin hampir sudah kian menzahirkan dirinya tetapi masih lagi tidak berasa takut dan masih lagi mengejar dunia dan masih lagi seronok melakukan kemaksiatan serta tidak mahu kembali ke jalan Allah..
Sedih la kan...Tgk manusia2 zaman sekarang terutamanya remaja2 yg beragama islam..sedih2...
Nak kate jahil, da blaja pendidikan agama kat skolah2 dulu...ade yg dr skolah agame pn same je perangai.Kdg2 lagi teruk...

Ape yg aku perhatikan, semuanya bermula daripada mata kita...Yg laki asyik tgk perempuan, yg perempuan asyik tgk laki..Dari mata kita akan turun ke hati, dan dari situ lah timbul pelbagai perasaan...rasa seronok, rasa sayang, rasa berahi dan rasanya...kemudian dari situlah timbullah rasa nak lakukan maksiat...slalu kite dgr pandangan pertama adalah rezki, pandangan seterusnya adalah pandangan setan..Pandangan setan ni la yg ajak kita buat kemaksiatan...

Emm,,,hancurnya sesebuah negara itu bermulanya dengan banyak melakukan kemaksiatan. Contohnya macam Acheh. Penduduk Islamnya ramai, tapi oleh sebab bnyk berlakunya kemungkaran, jd Allah turunkan bala. Bencana tsunami yg meragut beratus2 ribu nyawa sebagai peringtan dari Allah.

Jadi kawan2,,saya nak nasihatkan diri saya dan kawan2 semua supaya kembali ke jalan Allah. Ingatkan Allah, banyakkan cerita tentang kebesaran Allah dan buang kebesaran makhluk dalam diri kita. Insyaallah, kita semua akan dilindungiNya daripada segala bencana dan sesungguhnya segala yg berlaku adalah dengan izinNya dan ada hikmah disebalik kejadian tersebut...

Wassalam...


Rabu, 29 Julai 2009

...::Penyakit O Penyakit::....

Assalamualaikum....

Cerite pasal penyakit ni, ingat aku mase kecik2 dulu. Aku dulu pernah kene penyakit kulit kat betis aku. Lame jugak la berlarutan sampai la satu hari ayah bawa aku pegi klinik dan aku telah terima suntikan. Sejak dari tu, penyakit tu da semaakin hilang. Itulah kisah penyakit dulu-dulu. Mungkin dari keturunan atau mungkin dari salah kita yg tak pandai jage kesihatan.

Tapi dalam era sekarang ni, timbul pula berbagai-bagai jenis penyakit dan sampai ada yang membawa kepada kematian. Begitu juga di Malaysia ni, berbagai-bagai jenis penyakit yg membawa maut telah muncul tanpa diundang oleh kita. Penyakit bawaan virus-virus yg membunuh seperti HIV, kemudian muncul pula JE,SARS dan selsema burung.

Yang terbaru sekarang ni, muncul pula selsema babi atau influenza A (H1N1). Virus yang berasal dari negara Mexico telah merebak ke seluruh dunia. Begitu juga dengan Malaysia yang turut menerima tempias yang sama.Kesannya tidak lah terasa pada permulaan berita tentang virus itu. Namun, setelah beberapa pentupan sementara beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta beberapa buah sekolah, berita ini amat membimbangkan aku. Mana tidaknya, semalam aku mendapat berita yang institut perguruan sultan Mizan ditutup selama seminggu(IPSM) kerana bala H1N1 ini. Sedangkan IPSM tu hanya beberapa kilometer je dari rumah keluarga aku. Jadi aku amat risau tentang kesihatan keluarga aku di kampung.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, banyak IPT telah ditutup selama seminggu akibat H1N1 ni. Yang terbaru aku dengar UNIMAP dah tutup seminggu jugak. Tapi, UPSI masih lagi belum menerima sebarang arahan untuk ditutup kerana masih lagi tiada kes yang berlaku. Namun hari ni(28/07/2009), semua kolej kediaman UPSI telah dikuarantinkan mulai 29/07/09. Tak tau la berapa lama student di sini kene kuarantin.

Tapi, jika difikirkan kembali, kenapa semua musibah ini berlaku kepada kita. Dalam kita berfikir tentang cara untuk membuat penawar bagi penyakit ini, kita mungkin terlupa yang kita harus berbalik ke pangkal jalan. Kita mungkin telah lalai dalam mengingatiNYA.Kita juga mungkin tidak sedar yang kita terlalu mengagungkan kebesaran makhluk sedangkan makhluk tiada kuasa. Yang berkuasa hanyalah ALLAH. Dialah yang memberikan kita makan,minum, tempat perlindungan dan bukan makhluk yang memberinya. Jadi, ALLAH mungkin menjadikan musibah H1N1 ini sebagai peringatan bagi manusia yang lalai dalam mengingatiNYA

Oleh itu, hendaklah kita sesama saudara seagama saling berpesan-pesan serta ingat mengingati antara satu sama lain semoga hidup kita dijauhkan dari segala musibah seperti ini. wallahualam....

Ahad, 26 Julai 2009

Lagu Kita

Assalamualaikum....

Baru-baru ni aku ade dengar la satu lagu ni, sedap la gak. Penyanyinye dulu peserta AF. Sebelum ni aku kureng sikit demgo lagu dak2 AF ni.

Kalu dengo pon x lame, pastu jemu le...huhu..Tajuk lagu tu Lagu Kita..Nyanyian si Aizat dari AF5 kot(aku kureng amik tau pasal AF ni, sorila peminat AF). Leh tahan la lagu ni..menyentuh klebu..Bukan ape, leh la aku nyanyi utk ehem2 aku...hehe...

Ehem2 aku ni plak ske benor suh aku nyanyi...sampai merajuk kalu aku x nyanyi..nak kate sedap, xdde la sedap sgt...tp sdp la gak...hehe..

Sedapnye lagu si aizat ni mestila terletak pada kemantapan vokalnya...sejak aku dengar lagu hanya kau yg mampu, sejak tu aku stat minat lagu die ni.

.Selain dari 2 lagu ni, ade lagi lagu lain yg best utk didengar...macam Fikirlah, Kau dan aku(ost merah puteh), dan sahabat.

Ok la,, rumet aku da stat nak menbace Quran,,nnt ganggu die bace plak..ok..wassalam..

Rabu, 22 Julai 2009

Hidup Baru Saya....

Bismillah...

Assalamualaikum...

Lame da tak post entri. Bukan ape, cuti semeter lps yg berbaki 2minggu tu, aku just lepak2 je kat rumah.Nak blogging xde tenet kat rumah.huhu...tak mengapelah asalkan bahagie rumahtangge saye...(da berumahtangge???)

Tanggal 20jun2009 yang lepas berakhirlah sebuah episode saya yang bergelar pegawai kadet. Saye telah selamat di tauliahkan sebagai seorang Pegawai Muda oleh Tunku Mahkota Johor(TMJ).

Dengan berakhirnya pentauliahan yg lalu, berakhir sudah la perjuangan di dalam Palapes. Selama 3 tahun bersusah payah mengharungi segala suka duka, perit, sakit dan berbagai2 la, akhirnya berakhir jua penyeksaan batin ini...huhu...


Terskema plak ayat aku,,hehe..Walau ape pon, aku dapat rasekan ape yang aku rasekan sblm aku tauliah..Itulah rase rindu, sayang dan berbagai2 la pada satu zaman yang dipaggil zaman kadet. Sebab ape x leh lupe? sebabnye mase zaman kadet la aku dapat rasekan satu tekanan dan penyiksaan yang amat dasat dalam hidup aku.huhu..Tapi pada aku, segala rase kesakitan, tekanan dan penyeksaan jiwa itu lah yang banyak mengajar aku tentang makna hidup ini. Dengan kesakitan dan tekanan kita boleh jadi seorang yang berdisplin, tegas dan berdedikasi.Aku sendiri x menyangkakan yang aku berjaya menamatkan latihan Palapes.Bukan ape, sebab aku ni jenis yang jalannye hanya sampai separuh jalan je.Dengan kate laen seorang yang x konsisten la...Walau macam mane pun, hasil daripada didikan care tentera yang aku jalani selama 3tahun lalu memang mampu membentuk personaliti seseorang.Contohnya, seorang yg aku tgk pada mulanya mcm blur, tapi setelah lama aku tgk, die mampu mengurus dan mentadbir dengan baek segala bentuk pentadbran.Mmg mengkagumkan cara askar membentuk manusia.


Kini, hidup baru saya memang tenang dan aman damai.huhu..Tiada lagi penyiksaan jiwa raga aku ni.Namun, walaupon begitu hati aku tetap kosong. emm,, sebab tu sem ni aku harap dan berdoa pada ALLAH supaya diberikan kekuatan utk keluar mengerjakan kerja yg ditinggalkan Rasul akhir zaman...Saya harap ia menjadi satu amalan dalam hidup saya dan itulah Kehidupan Baru Saya...sekian...

Rabu, 27 Mei 2009

Menghitung Hari.....

Assalamualaikum....

Lame rasenye xtulis dalam blog ni. semenjak blog aku kene detect ngan jurulatih palapes, aku stop kejap menulis. Aku takut timbul macam2 spekulasi plak. Susah ati aku nanti.huhu....
Ok lah, hari ahad lepas bersamaan 24hb Mei 2009 tamatlah sudah semua latihan dalam PALAPES. Kini yang tinggal hanyalah latihan kawad utk pertandingan semasa pentauliahan di UTM minggu depan. Sekarang ni dalam masa 5hari yang ada, peringkat senior telah memulakan latihan intensif masing2 bagi memantapkan lagi apa yang diperlukan dalam kumpulan masing2. Macam grup aku wat latihan intensif kawad kaki dan senjata. walaupun latihannye tidak seletih merentas halangan, tapi tetap terasa letihnya. Maklum la, abes je latihan berterusan, trus je kawad. Mane la xletih. Tapi, fikir2 balik, masih ade lagi org yg lebey letih dari aku. macam jurulatih kami, minggu sebelumnye latihan berterusan bg fasa pertama. Lepas tu fasa 2 lagi. waahh,,, letih tu...so, kesimpulannya, jangan pentingkan diri sendiri. fikir2kan tentang masalah orang lain jugak...
huhu....
Tinggal beberapa minggu je lagi,,,batch 3 palapes upsi bakal ditauliahkan...segala persiapan sudah dan sedang diuruskan...memang letih kalo diikutkan...tapi sabar je la...
Memang rase xsabar nak abeskan palapes ni....nak sambung atau tidak belakang kire..yg penting abeskan palapes ni dulu....abeskan zaman kadet yg penuh suka duka...
kadang2 aku terfikir ape akan jadi pada diri aku sendiri selepas tauliah nanti...mungkin aku akan merindui zaman kadet ni...huhuhu....aku akan ingat zaman2 kadet ni sampai bile2....
Harapan aku semase minggu2 sblm pentauliahan, aku harap semuanya dapat berjalan dengan lancar...dan yg penting sekali fizikal dan mental aku dah cukup bersedia menerima segala kemungkinan....mungkin 'mimpi ngeri' di UTM lebih menakutkan berbanding mimpi2 ngeri yg sblmnya....buat mereka yg mengenali sy,,,doakan sy supaya dapat jd seorg peg muda yg berdedikasi.....AMin........:D

Sabtu, 28 Februari 2009

Ciri-ciri orang munafik

Assalamualaikum....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Dalam ceramah hari rabu baru2 ni, penceramah ade bercerita tentang sifat2 orang munafik.Semasa mendengar ceramah tu aku terfikir yang aku ade sifat2 orang munafik itu. Aku terase satu perasaan yang berlainan dari biasa. Minda aku berpusing2 memikirkan perkara itu dan aku jadi takut. Aku takut tergolong dalam golongan munafik. Ya Allah, aku memohon kepadaMU supaya melindungi aku, keluargaku,guru2ku,dan sahabat2 ku dari tergolong dalam golongan munafik ini.Amin....

Berikut adalah sifat-sifat atau ciri-ciri orang munafik.
1. Apabila dia berkata, dia berdusta
2. Apabila dia berjanji, dia mungkiri
3. Apabila diberi amanah, dia khianati

Semoga rakan2 mendapat hidayah dan muhasabah diri..Semoga kita semua dijauhkan dari sifat2 orang munafik.Amin...

Training palapes - antara assignment dan komitmen

Assalamualaikum....

Esok bermulanya latihan palapes yang ke 3 untuk semester 2 ni. Rasenye takde la teruk sangat. Hanya marathon 8 km dan hari sukan je. Kalau diikutkan nak aje cari alasan untuk tak yah Justify Fullberlari. Tak perlu bersusah payah letih. Tapi rase kalau tak join skali aku rase akan rase macam ade yang kurang. Sebab tu aku rase nak join gak larian ni. Supaya aku takkan rase disisihkan.Em, sentuh tentang displin peringkat senior, memang nampak sangat ketaranya perubahan kami. Semenjak tampuk pemerintahan staf azli dialihkan kepada En Zaidi, semenjak itulah senior mula berubah. Displin makin merosot dan komitmen dalam Palapes juga makin kurang. Tapi, pada pandangan aku, perubahan itu sudah pasti akan berlaku. Aku dah menjangkakannya sejak perubahan dalam organisasi Palapes UPSI ni. Ape yang aku rasekan nampaknya benar-benar berlaku. Ape yang aku nampak senior seolah-olah seperti seekor burung yang baru terlepas dari sangkarnya.Pendekkan cerite, baru terlepas dari azab siksa staf azli...hehe...tapi, inilah perangai manusia,diberi betis mahukan peha.Tak pernah bersyukur dan suka ambil kesempatan ke atas kesenangan yang diberikan. Memang sedih bila mengenangkan sikap sesetangah orang sebegini. Semoga Allah memberi petunjuk kepada orang-orang sebegini dan juga kepada diriku sendiri.
Teringat zaman intermediate dahulu, kami masih lagi di bawah kendalian Staf Azli, memang setiap kesalahan yang kami buat akan disambut dengan maki hamun dia. Kalau orang yang tak dapat terima cara dia memang akan mengata dan mengutuk dia. Namun dari sudut positifnya, cara Staf Azli lah yang banyak mendidik kami jadi berdisplin. Aku memang sanjung dia walaupun kadangkala aku takut tatap muke die. Tapi dengan dia lah aku dapat banyak belajar dan dapat didik diri aku lebih berdisplin. Takdela displin sangat tapi boleh la dikatakan lebih baik dari sebelum masuk palapes. Masa zaman intermediate ni la zaman kegemilangan kami. Dengarnya kami dapat banyak pujian la dari jurulatih2 dan pegawai latih. Tak tau la...dengar2 je...Tapi aku memang nampak kemajuan kami dari segi kerjasama dan komitmen kami. Memang terbaik. Tapi bila da dapat pujian kadang2 kita lupa siapa diri kita sampai mengata orang lebih senior dari kita. Macam tu lah aku mase inter dulu, mengate senior malas la,last2 kene batang idung balik. Bile da jd senior ni la baru aku rase ape yang diorang rase.
Em,,lagi satu la yang buat aku sedikit kecewa dengan sesetengah skot yang suke cari alasan untuk mengelak diri dari latihan atau pun pentadbiran. Alasannya kalau diikutkan memang remeh tapi masih boleh diterima sebagai alasan. Alasannya adalah ade discussion assignment. Macam lah orang lain tak de assignment. Macam lah assignment tu tak boleh siapkan mase lain. Herm,,ni la sikap kadang-kadang buat orang lain sakit hati. Tapi aku malas la nak bidas sikap diorang. Terpulang la pada diorang, aku takde kuasa nak mengubah diorang. Semuanye atas diorang nak berubah ataupun tidak. Semoga Allah beri petunjuk buat kawan2 aku yang ada sikap sebegini.Amin...

Khamis, 19 Februari 2009

Satelit AS, Russia berlanggar


LAKARAN artis Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) menunjukkan bumi dikelilingi 18,000 objek termasuk satelit.

MOSCOW: Satelit Amerika Syarikat dan Russia berlanggar di angkasa lepas buat kali pertama dalam sejarah menyebabkan sisa serpihannya mungkin mengancam pesawat lain di orbit, kata pakar dua negara itu.

Buat masa ini, ia tidak memberi risiko besar kepada Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) yang mempunyai tiga krew, dua daripada mereka angkasawan Amerika, kata jurucakap Kawalan Misi Russia, Valery Lyndin.

Perlanggaran berlaku pada 1700 GMT di ruang angkasa utara Siberia membabitkan satelit Iridium LLC dan satelit tentera Cosmos-2251 kira-kira 780 kilometer di ruang Artik Russia.


Ketinggian berkenaan biasanya digunakan satelit memantau cuaca, menyampaikan komunikasi dan melakukan pemerhatian saintifik.


“Orbit itu memang penting bagi satelit. Kami percaya ini kali pertama dua satelit berlanggar di orbit,” kata Kolonel Les Kodlick dari Ibu Pejabat Strategik Amerika.

Pusat Operasi Bersama Angkasa Lepas Amerika kini memantau 500 hingga 600 serpihan satelit berkenaan, ada sekecil 10 sentimeter selain 18,000 objek buatan manusia lain di angkasa lepas, katanya.

Unit Tentera Angkasa Russia berkata, ia juga memantau pergerakan serpihan berkenaan pada ketinggian 500 kilometer dan 1300 kilometer di ruang angkasa bumi.

Keutamaan diberi kepada keselamatan ISS yang berada di orbit 350 kilometer di bawah lokasi perlanggaran.

Lyndin berkata, pemantauan serpihan tertumpu kepada usaha memastikan tiada serpihan itu mendekati ISS. Stesen itu juga mengubah orbit bagi mengelak serpihan satelit berkenaan. - Reuters/AP


Ahad, 8 Februari 2009

Teleportation Dalam Al-Quran

Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab "Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip." Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba Justify Fullaku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia." [An-Naml : 40]




Dalam ayat di atas 'seorang yang mempunyai pengetahuan dari Al-Kitab' telah berkata bahawa dia mampu untuk membawa singgahsana Ratu Balqis dari negeri Saba ke singgahsana Nabi Sulaiman di Palestin pada masa yang sangat singkat. Hal ini nampak seperti mustahil akan tetapi yakinlah bahawa sekiranya Al-Qur'an yang membicarakannya, maka tiada apa pun yang mustahil. Penemuan terkini telah membuktikan bahawa suatu hari nanti, manusia mampu memindahkan objek dari satu tempat ke satu tempat lain yang jauh dalam beberapa saat sahaja. Teknologi ini dinamakan teleportation.

Teleportation ialah perpindahan objek atau zarah asas dari satu tempat ke tempat yang lain dengan serta-merta tanpa bergerak melalui ruang. Sehingga kini saintis telah berjaya melakukan teleportation ke atas foton dan atom. Teleportation ini berbeza dari teleportation seperti yang digambarkan dalam fiksyen sains. Dalam fiksyen sains, teleportation boleh memindahkan satu objek ke tempat yang lain. Secara realiti, teleportation sebenarnya tidak memindahkan objek tersebut sebaliknya apa yang dipindahkan sebenarnya ialah maklumat yang terkandung dalam atom objek tersebut dan disusun semula atom-atom itu menjadi replika yang sama dengan objek asal.

Teleportation secara mudahnya boleh dibayangkan sebagai permainan snuker. Dalam fiksyen, teleportation dianalogikan seperti sebiji bola yang berputar lenyap dari satu sudut meja dan muncul semula bola yang sama pada satu sudut yang lain. Sebaliknya dalam quantum teleportation, bola yang berputar tadi tetap pada tempatnya manakala sifat putaran itulah yang dipindahkan ke atas bola lain di atas meja.

Perkembangan Terkini

Pada 1993, enam orang saintis termasuk seorang dari IBM, Charles H. Bennet mengesahkan bahawa teleportation seperti yang digambarkan dalam fiksyen sains secara prinsipnya boleh dilakukan dengan syarat objek asal perlulah dimusnahkan.

Pada 1998, beberapa ahli fizik di California Institute of Technology (Caltech) bersama dua kumpulan dari Eropah menjadikan idea IBM satu kenyataan apabila mereka berjaya melakukan teleportation ke atas foton iaitu partikel tenaga yang mengandungi cahaya. Kumpulan ini berjaya membuat bacaan pada struktur atom foton kemudian menghantar maklumat tersebut sejauh 3.28 kaki (kira-kira 1 meter) melalui kabel dan membina replika foton tersebut. Seperti yang dijangkakan, foton yang asli tidak lagi wujud setelah foton replika dibina.

Pada 2002, beberapa orang penyelidik dari Australian National University (ANU) telah berjaya membuat pancaran cahaya lenyap di satu tempat dan muncul semula di tempat lain pada jarak yang dekat. Kejayaan ini meyakinkan lagi mereka bahawa secara teori teleportation tidak mustahil walaupun melibatkan hanya partikel sub-atom.

Paling terkini iaitu pada 2006, satu eksperimen yang dikatakan paling berjaya telah dijalankan di Niels Bohr Institute di Copenhagen, Denmark. Dr. Eugene Polzik dan kumpulannya telah melakukan teleportation maklumat yang tersimpan di dalam pancaran laser kepada kepulan atom. Menurut Dr. Polzik, eksperimen ini melangkah setapak jauh ke hadapan kerana buat pertama kali ia melibatkan teleportation antara dua objek yang berbeza iaitu cahaya dan jirim. Satu berfungsi sebagai pembawa maklumat manakala satu lagi medium penyimpanan. Maklumat tadi telah diteleportkan sejauh 1.6 kaki (setengah meter).

Teleportation Manusia

Kita masih lagi terlalu jauh untuk dapat membina mesin teleport seperti di dalam filem. Untuk membolehkan seseorang dipindahkan ke satu tempat yang lain dalam sekelip mata, pergerakan mestilah dengan kelajuan cahaya. Hal ini menurut hukum fizik adalah mustahil.

Membina mesin yang boleh menjalankan teleport manusia bukan mudah. Mesin itu mestilah mampu mengenal pasti dan menganalisa dengan tepat kesemua 1028 atom pada badan manusia. Kemudian, mesin ini perlu menghantar maklumat ke lokasi yang lain di mana badan seseorang itu akan dibina semula dengan tepat mengikut tubuh asal. Molekul yang dibina tidak boleh tersasar meskipun hanya beberapa milimeter kerana hal ini boleh menyebabkan kecacatan yang parah pada sistem neuro atau fisio.

Katakanlah mesin ini berjaya dicipta, manusia yang dipindahkan itu pada hakikatnya tidak "dipindahkan". Mesin teleport ini lebih mirip kepada mesin faks, cumanya salinan manusia tersebut mempunyai ketepatan yang lebih berbanding mesin faks. Namun begitu, apa yang terjadi pada manusia yang asal? Teori mencadangkan supaya menggabungkan pengklonan genetik (genetic cloning) dan pendigitan (digitization) dengan teleportation.

Dalam pengklonan biodigital ini, manusia asal yang hendak dipindahkan itu secara asasnya akan mati. Minda dan tubuh yang asal tidak lagi wujud. Sebaliknya, struktur atom seseorang itu akan dibina semula di lokasi yang lain, manakala pendigitan pula akan membina semula memori, emosi, harapan dan impian. Dengan kata lain, seseorang itu wujud dengan badan baru yang diprogramkan dengan maklumat yang sama dengan tubuh asal.

Semua artikel ni di ambil dari website www.iluvislam.com...Diambil dengan tujuan utk memberi pengetahuan kepada umum...

Ahad, 1 Februari 2009

Gerakan anti-PPSMI julung kali ke jalan

Kempen memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) meningkatkan tahap bantahannya hari ini dengan melangkah ke tahap baru - berhimpun di jalan raya.

Perhimpunan julung-julung kali itu dilancarkan petang ini di perkarangan pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman - simbol lazim siri bantahan era reformasi 1998.

Bagaimanapun, hasrat penganjurnya Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) untuk mengumpulkan 500 pencinta bahasa tidak tercapai walaupun kelibat beberapa tokoh terkenal bahasa dan sastera dalam program itu menyelamatkan keadaan.

gmp protest 310108 crowdProgram itu hanya dikerumuni kira-kira seratus orang yang lalu-lalang bagi membeli-belah di kompleks popular itu.

Perhimpunan itu bermula dalam keadaan hujan renyai-renyai yang turun sejak jam 1 tengah hari lagi.

Bagaimanapun ia berakhir tanpa sebarang masalah dengan polis, walaupun permohonan permit berhimpun tidak dibuat.

Malaysiakini difahamkan penganjur hanya memaklumkan secara bertulis kepada polis berhubung program berkenaan.

gmp protest 310108 samad saidSasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang sebelum ini berteka-teki tentang kehadiran beliau akhirnya muncul buat pertama kali dalam program sebegitu.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media, sebaliknya hanya bergambar sambil memegang sepanduk kecil bertulis "Jangan bunuh bahasa ibunda".

Beberapa tokoh utama bahasa seperti penyair Dinsman, bekas profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan bekas profesor falsafah sains Dr Shahrir Md Zain serta penulis Ainon Mohd turut serta seperti dijadualkan.

Penyair popular Pyanhabib, ahli jawantkuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar dan aktivis popular teater Khalid Salleh turut hadir.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas acara pelancaran itu, Khalid berkata hari ini ramai aktivis bahasa yang tidak pernah muncul dalam program seumpama itu tampil buat kali pertama menyatakan bantahan mereka kerana keadaan "sudah terdesak sangat".

Tambahnya, bukan sahaja bahasa, tetapi dalam pelbagai segi hak-hak orang Melayu mulai terhakis.

Khalid mendakwa selama tujuh tahun apabila PPSMI diperkenalkan, orang tidak turun memprotes kerana "orang tidak ada asas budaya dan bahasa".

Pemimpin politik yang kelihatan termasuklah ketua penerangan PKR Tian Chua, ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.

Majlis bermula kira-kira 2.45 petang, kira-kira 15 minit lebih awal daripada yang dijadualkan.

gmp protest 310108 photo sessionPengerusi jawatankuasa induk GMP Datuk Dr Hassan Ahmad memberikan ucapan ringkas kira-kira lima limit sebelum melancarkan kempen berkenaan.

Tindakan itu menyebabkan sebahagian daripada kira-kira 30 yang hadir terlepas sidang akhbar yang diadakan sejurus selepas pelancaran itu.

Program yang kelihatan tidak tersusun itu menyebabkan orang ramai yang hadir terpinga-pinga dan tidak terarah, termasuk wartawan yang berkeliaran mendapat komen daripada beberapa tokoh yang hadir.

Dalam masa yang sama, kita-kira 30 polis berpakaian seragam cuba menyuraikan keadaan.

Kumpulan tokoh bahasa dan sastera itu kemudiannya hanya duduk di sebuah restoran di hadapan kompleks berkenaan.

Orang ramai dan wartawan mula bersurai kira-kira 4.30 petang.

Majlis pelancaran ini diadakan dalam rangka GMP menganjurkan perhimpunan besar-besaran 7 Mac ini - ala demonstrasi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007 - untuk menyerahkan memorandum isu PPSMI kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

sumber : Malaysiakini

Sabtu, 31 Januari 2009

Menanti di Barzakh....

Hayati la lirik lagu ini supaya kita sentiasa mengingati....

Menanti Di Barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Jumaat, 30 Januari 2009

Galileo Galilei.....

Assalamualaikum WBT....

Emm,,cuti pertengahan semester dah hampir habis. Student2 lain ramai da stat balik. Biasalah, bile da ramai yg da balik memang kedengaran la bunyi bising di kolej kediaman ni. Aku pun kadang2 fedup gak ngan diorang yg suke buat bising ni. Nak buat assignment(kononnye la,,hehe) pon tak senang. Tapi tak kisah la. Selagi aku boleh bersabar, aku sabar je la. Harap sabar aku ni tak ade batasnye. Takut jugak kalau hilang kesabaran ni, tambah-tambah aku ni seorang yg suke memendam perasaan. Walau macam mane pon, aku akan sentiasa bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman. Kalau dah rase macam nak marah tu, ade la carenye nak kite nak kurangkan contohnye tutup muke dengan bantal, lps tu jerit la sekuat-kuat hati(
care ni aku tgk dlm lilo & sticth), hehe....Selain tu jugak, care yang paling sesuai oleh kite sebagai seorang Muslim, adalah dengan mengambil wuduk dan sembahyang sunat 2 rakaat(yg ni aku bace dlm buku, tapi jarang amalkan sebab jarang marah orang, hehe).

Emm, hari aku ade tonton satu cerite jepun, menarik cerite ni. Tajuknye 'galileo'. Cerite ni mengisahkan seorang profesor universiti Teito yang ' tensai' atau genius. Namenye Yukawa Manabu. Die diberi gelaran sebagai ' si pelik galileo' oleh pelajar dan jugak staf universiti di situ. Nak dijadikan cerite, Prof Yukawa ni sering membantu Seorang detektif polis yang bername Utsumi untuk menyelesaikan kes-kes jenayah yang misteri. Cume care yg dilakukan oleh Yukawa ni amat menarik minat aku . Die dapat membentuk satu teori atau hipotesis daripada formula-formula yang die terbitkan sendiri secare
spontan. Kadang-kadang aku tak faham formula ape yang die tulis. Walau macam mane pon, daripada hipotesis die buat, die seterusnya akan menjalankan eksperimennye sendiri. Mase die buat eksperimen ni la paling aku suke tgk. Sangat-sangat menarik. huhu... kalau kawan-kawan nak berminat nak tgk jugak, boleh download cerite ni kat www.sars-fansub.com...Cerite ni sesuai untuk student terutamenye yang ambil bidang fizik, engineering dan sbgnye. Rugi tak tgk. Apesal la kat TV takde nak siarkan cerite2 yg bermanfaat mcm ni. Ni asyik2 cerite cinte, cerite dongeng la, indon la...naik menyampah aku...teladan ape yg nak disampaikan pon aku xtau...


Daripada cerita galileo jepun yang aku tgk, aku berminat nak tau lebih mendalam siape sbnrnye si Galileo ni. Daripada pembacaan aku, name yg sering aku bace Galileo Galilei. Dilahirkan pada 15 Febuari 1564 di Pisa, Italy. Beliau merupakan anak sulung daripada 7 adik beradik. Ayah die ni seorang 'musician'. Ayah die ni mahukan si Galileo ni ceburi bidang perubatan sebab senang nak dapat duit dengan buat ubat. Namun, mase umor die 11 tahun, ayah die hantar pegi gereje untuk dalami ilmu agame plak(pelik2 la ayah die ni). 4 tahun kemudian, Galileo ni bagitau ayah die yg die nak jadi sami. Tapi, ayah die pulak tak brape nak setuju dengan anaknye itu. Jadi, Galileo pon ambil keputusan keluar dari gereje. Mase
die umor 17 tahun(tahun 1581), die masuk la University of Pisa, Italy untuk ambil bidang perubatan. Sehinggalah umor die 20 tahun, mase die kat gereje, die tgk ade lampu gantung yg sedang berayun. Rase curious die buat kan die duduk perhati sambil mengire tempoh ayunan dengan denyutan nadi die. Setelah itu, die telah berjaye menemui sesuatu yg tak pernah orang lain sedari yang mane tempoh bagi setiap ayunan lampu itu adalah sama. Daripada penemuan beliau, lahirlah 'the law of pendulum'. Dan daripada hukum yg die cipta, lahirlah satu rekaan yg dipangil 'jam'. Itulah serba sedikit tentang Galileo ni. Nak tau lebih lanjut, carilah kat internet ni....Tapi kan, oleh kerane merasakan kehidupan di univeriti ini membosankan, Galileo telah keluar dari univerisiti tanpa mendapat ijazah...Erm,,agaknye die da hilang minat dengan bidang perubatan...huhu..

Ok la,, nak sambung buat esemen..esemen oh esemen....Assalamualaikum...


Selasa, 27 Januari 2009

Pembuka Bicara...


Asslamulaikum WBT....

Nama aku Akram.Nama yg panjang Nik Mohd Akram bin Rosli.Pasti ada yang tertanya-tanya kena
pa nama ayah aku tak ada 'Nik'. Sebabnya ayah aku asalnya dari Negeri Sembilan dan berkahwin dgn mak aku yang berasal dari Besut, Terengganu. Pada nama mak aku pula bermula dengan 'Che Ku'. Menurut atuk aku atau lebih selesa aku panggil to'ki, gelaran seperti 'Che Ku', 'Nik' dan 'Wan' ni asalnya daripada pembesar-pembesar istana zaman-zaman dulu. Haa, dipendekkan cerita, kate mak aku, bila dah kahwin dengan 'orang luar', gelaran 'Che Ku' terus kene tukar jadi 'Nik'. Huhu. sebab tulah nama aku mula dengan 'Nik' dan bukannya 'Che ku'. Kalau mak aku kahwin dgn orang yang sekampung, name aku skrg mungkin jadi Che Ku Mohd Akram da...hehe..Erm, umor aku lak skrg 21thn 3bulan 4hari...lahir kat HUSM Kubang Kerian pada pukul 5.15ptg dengan berat 3.5kg...haha..sume nk tulis...


Apa yang menarik
tentang aku?
Aku sendiri tak tau ape yang menarik tentang diri aku ni. Nak kate berharte, aku pon pinjam PTPTN. Nak kate hensem, tak jugak, nak kate macho,emm,,ade la jugak,,hehe..tapi yg pasti aku ni ade kelebihan dan kekurangan. Cuma aku masih lagi tercari-cari di mana kelebihan aku tu. Matlamat hidup aku, aku nk jadi manusia yg sebenarnya manusia. Nampak cam pelikkan? tapi cuma aku saje yg memahaminye.

Aku sekarang menuntut kat Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Sekarang dah Semester ke 6. lagi setahun je nak grad. Aku amik kos pendidikan fizik(mantap tuh, subjek susah ni,haha). Cita-cita aku bukanlah nak jadi guru, tapi entah macam mane aku boleh tercampak masuk ke sini. Tapi ma
cam mana sekalipun cabarannya, aku tetap akan teruskannya. Mungkin ini perkara yang aku tak suka, tapi aku terfikir mungkin ada hikmah disebaliknya. Dalam al-Quran juga ade menyebut, bunyi nye lebih kurang...Kamu mungkin tidak menyukai sesuatu, sedangkan perkara itu adalah baik bagi kamu dan kamu mungkin menyukai sesuatu, sedangkan perkara itu lebih buruk untuk kamu....ayat ni banyak tafsirannya, tapi aku hanya mengaitkan dengan hidup aku saja. Aku tau cabaran dan kesusahan sedang menunggu aku. Tapi kalau dah diberi tanggungjawab, aku akan pastikan aku melakukan sebaik mungkin.

Oh ya, kat UPSI jugak aku sertai PALAPES atau panjangnya pasukan latihan pegawai simpanan. Sekarang dah senior. Tinggal satu sem ni je, aku harap dapat terus bertahan sampai tauliah. Dalam PALAPES ni banyak perkara aku pelajari terutama tentang displin. Aku ni nak kate berdisplin sangat takdela jugak. tapi aku sentiasa mencuba untuk mendisplinkan diri. Displin yg selalu ditekankan contohnya tentang Personal drill, menepati masa, dan hormat-menghormati. Seronok dan kelakar juga kadang2 bila fikir balik masa mula2 masuk PALAPES ni, macam orang bodo je. Senior aku mase tu memang menggerunkan aku tgk, sbb tu la ape diorg suh buat aku buat je. Mmg tension mase tu. Sampai rase nak keluar baris. Tapi kate2 dari seorang senior buatka
n aku rase tercabar jugak. Aku ingat lagi die kate kat aku"aku nak tengok kau sekurang2nya ade junior kau sendri". tercabar la jugak. Senior tu memang kadang2 aku rase takut tgk die. Sape lagi kalau bukan Tuan Beardi. huhu...tapi aku tetap hormat die. sebab die la aku bertahan sampai skrg. Lagi pasal Palapes ni, aku da rase macam2 la, kene sepak, penampar, berguling la...haha...tension mmg tension..tapi bila fikir balik ade baiknye jugak kalo kene. Baru la sedar diri...hehe..emm,,xtau la macam mane rase slps tauliah nanti.Dah tak bersame palapes. mungkin aku akan rase rindu dengan zaman kadet ni...banyak kenangan yg indah2 yg xdapat dilupakan.huhu..jiwang la plak...

Emm,,,rasenye setakat itu sajelah buat pembuka bicara kali ini...Lepas ni kalu rajin aku blogging la lagi...huhu..okes da. assalamualaikum....