ads

Selasa, 14 September 2010

Carta Penyumbang Dosa ...

Assalamualaikum,

Agak lame x menulis blog, ambo ni bknlah rajen sgt nk menulis blog ni. Kalau ade perkara yg ingin disampaikan barulah ambo tulis blog ni.Erm,ambo rase xterlewat lg nk ucpkn selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ambo harap Ramadhan yang telah berlalu telah mengambalikan diri kita semua kepada fitrah yg sebenarnya. Sedih rasenye bile Ramadhan pergi. Bulan yg penuh keberkatan, penuh rahmat,bulan di mana masjid2 dipenuhi dan diimarahkan dengan pelbagai ibadat dan amalan2 yg menjadi saham buat kita di akhirat kelak. Agak2 terkesan atau tidak diri kita dengan amalan2 yg telah kita buat mase Ramadhan lepas???Kalau xterase kesannnya maksudnya ade sumthing wrong sumwhere lah dengan ibadat kita. Mungkin kita xcukup serius dengan ibadat yg dilakukan.Mungkin dilakukan dengan ala kadar saja. Mungkin kite telah melakukan dosa tanpa kita sedari. Manusia memang xterlepas melakukan kesilapan.tapi kene lah kite same2 manusia ingat mengingati antara satu sama laen. Dosa yg mungkin mudah dilakukan semasa ibadat puasa xlaen xbukan dosa mata dan lidah kita. Dua anggota ini lah yg banyak mengundang dosa kepada kita. bagi ambo, kalu ikut prioriti lah kan, mata kite adalah penghuni tangga teratas carta pemnyumbang2 dosa. Sebab ape??Yelah,kalu ambo g jalan2 bandar lah kan, ambo tgk ramai lah rakyat perempuan berkeliaran di bandar tu. Masalahnye lah kan, biase lah, pakaian diorang. Ambo cuba lah larikan pandangan ke arah laen, tapi tau2lah, rakyat perempuankn ramai dari laki, pandang ke kiri, nmpk perempuan, pndng kiri pn nmpk prmpn, pndg blkg pn ade prmpn, so, nk pndng mane??xkan nk ttp mate pulak..kalu pakai sopan dan xmendedahkan 'aset' diorang xpe la jugak, ini tidak, pakai baju mcm xnk pakai...paham2 la mksdnya ye...ginilah umat akhir zaman,berpakaian tapi telanjang...

Kalu td di bandar, kalu di rumah mcm mane??ade jugak, tgk saje lah kat tv tu, iklan2 dan rancangan2 yg banyak mengeksploitasi kaum hawa ni. Kalau tutup aurat xpe la jgk, ni kalu xmendedah xbleh. kononnya xdpt menarik pelanggan. Murahnya harga diri wanita zaman skrg. Sepatutnya perhiasan wanita adalah utk si suami tercinta.tp da jadi tatapan umum...apelah agaknya yg difikirkan oleh wanita2 yg jd model ni..xtrase diri mereka terlalu murahkah utk dijadikan tatapan2 pelbagai peringkat umur??agaknya diorang ni bangge agaknye dpt pamerkan kecantikan diorang. Diorang rasekan dioranglah yg plg cantik kat dunia ni.Hah, elok sgt lah, free2 dpt tiket ke neraka, xyah beratur2 dah...emm,,tp nk elak dr melakukan zina mata ni, senang je, xyah bukak tv.buat perhiasan je tv tu...sng cite...tu bru cite pasal tv, blom kat internet lg...lu fikirlah sendiri la yek...

Naib juara carta penyumbang2 dosa jatuh kpd....LIDAH!!!haha,,lidah wat dosa ape ek??makan??minum??dosa yg di buat lidah adalah kata-kata...ade ungkapan(hadis kot) mengatakn bahawa lidah lebih tajam dari mata pedang. Sebab kata2 dari lidah boleh menghina,mengumpat,memfitnah dan sebagainya. Kalau dalam bulan puasa pn ada budaya umpat mengumpat, bulan2 laen apecer plak??mungkin lg teruk sbb si penghasut syaitan ade.Aku pn kdg2 terdengar gak org mengumpat(slalunye dr mak cik2), cpt2 ambo lari msk rumah...kang telinga plak menambah dosa ambo plak...hehe


Jadi, tu saja lah coretan ambo atau sekadar luahan utk kita sama2 bermuhasabah diri. Ambo pn buat dosa gok kdg2..manusia mmg xterlepas melakukan dosa. Sebab itulah pentingnya budaya ingat mengingati. Dan bnykkan bermuhasabah diri dan perbaiki diri.Tiada manusia yg sempurna, tetapi sekurang2nya kita boleh cuba utk menjadi sempurna. Allah tidak menyuruh hambaNya menjadi yg terbaik tetapi Dia menyuruh melakukan yang terbaik...selebihnya kita hanya boleh bertawakkal kepadaNya. Sekian saja kali ni, Slamat Hari Raya.Maaf Zahir Baten....

Isnin, 28 Jun 2010

Apa Nak Jadi Dengan Pelajar Sekolah Sekarang????

Beberapa hari yang lepas kita digemparkan dengan paparan berita utama media arus perdana tentang kematian seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah arab Ismaliliyah di Kelantan. Pelajar perempuan berusia 17 tahun itu mengalami pendarahan yang teruk akibat keguguran. Ini adalah satu lagi kes berkaitan dengan seks luar nikah.

Apa yang dikesali ianya berlaku di sebuha sekolah arab yang saya percaya penerapan nilai- nilai keagamaan itu adalah dilaksanakan secara menyeluruh. Namun saya tetap percaya dalam hal ini bukan nilai- nilai Islam itu yang salah tetapi bagaimana ia dilaksanakan secara memaksa dan tidak bijaksana menjadi punca ada sebahagian pelajar memberontak dan merasakan Islam itu bukanlah yang terbaik bagi mereka.

Kalau kita melihat lagi masalah sosial dalam kalangan remaja sekolah adalah lumba haram, mat rempit, minah rempit, punk, skinhead dan macam- macam lagi. Namun belum ada solusi konkrit mengatasinya. Ini bukan tanggungjawab Kementerian Pelajaran apatah lagi guru semata- mata tetapi jugak institutsi politik. Sekolah sudah cukup terbeban dengan dasar itu dan ini dan perubahan yang tak henti- henti oleh ahli politik berhubung dengan pendidikan nasional.

Saya suka mengaitkan ini sebagai kecelaruan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Jika seseorang yang masuk penjara maka dia akan dikenali sebagan banduan dan bukannya badut. Sangatlah pelik kalau seorang yang masuk penjara dipanggil sebagai badut. Begitu juga jika seorang polis memakai pakaian seragam polis maka dia akan dipanggil polis bukannya orang makan suap. Begitu juga pelajar, jika dia ke sekolah dengan pakaian seragam sekolah maka dia dipanggil sebagai pelajar bukannya samseng, budak bodoh atau budak jahat atau kaki ponteng.

Fitrahnya dan hakikinya dia adalah seorang pelajar. Anggapan orang luar, budak itu ke sekolah untuk belajar maka dia adalah pelajar. Orang itu dipenjara maka dia adalah banduan.

Namun adalah pelik dan janggal kalau seorang budak ke sekolah kemudiaanya dipanggil sebagai samseng, kaki buli atau pencuri. Maka ada sesuatu yang tidak kena dengan budak tersebut. Persoalannya dia pelajar, namun adakah dia memainkan peranan sebagai pelajar? Atau dia memainkan peranan sebagai samseng, kaki buli atau pencuri? Inilah ribuan kes yang berlaku dalam kalangan remaja sekolah hari ini.

Maka itu banyaklah kes dan masalah sosial membabitkan golongan remaja di bangku sekolah termasuklah kes buang bayi, samseng jalanan, ponteng dan mencuri. Antara solusi kepada perkara ini yang dikemukakan suatu ketika dahulu adalah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), sayangnya program ini dilaksanakan selepas mereka tamat persekolahan.

Justeru adalah penting untuk kita berterusan member ingatan dan nasihat kepada pelajar- pelajar agar mereka menyedari bahawa mereka adalah pelajar sekolah dan bertanggungjawab dan berperanan sebagai seorang pelajar yang matlamatnya adalah mencapai kecemerlangan IQ, EQ dan SQ secara optima. Kesilapan dalam penentuan matlamat ini juga adalah antara factor yang mengakibatkan ramai dalam kalangan pelajar berkenaan mengalami sindrom kecelaruan tanggungjawab dan identiti.

Sekali lagi saya menyarankan bahawa solusi terbaik dan bijaksana adalah kembali kepada Allah SWT. Tarbiah itu harus dilaksanakan secara bijaksana mendekati hati, peranan dan kehendak golongan ini. Daya penarik adalah dari pendakwah sendiri. Mereka harus tahu, wajar diberitahu dan faham akan indahnya Islam itu. Maka itu sampailah hakikat untuk menerangkan kepada mereka Islam itu Rahmatan Lil Alamin, rahmat kepada alam semesta.

Sumber: Fakhrul Ezam Shah

Ahad, 27 Jun 2010

Jangan Berkata 'Kalaulah'

Assalamualaikum...

Sudah lama rasenya tak menulis blog ini..Kehidupan aku sebagai seorang pelajar sudah pun berakhir. Namun, pada aku menuntut ilmu tidak ada batasan masa. Ia adalah nadi dalam kehidupan. Hanya ilmu dapat membezakan antara orang yang jahil dan orang yang mengetahui. Dalam dunia moden serba canggih ini terutamanya,kejahilan diri terhadap ilmu akan memakan diri sendiri seperti ditipu orang lain kerana tiada pengetahuan tentangnya. Jadi, aku akan terus belajar sehingga akhir hayatku. Begitu juga orang lain.Mereka akan belajar sedikit demi sedikit daripada pengalaman dalam kehidupan mereka.

Namun, dalam kita meneruskan nadi-nadi kehidupan dalam dunia yang kian uzur ini, kadangkala kita alpa lalu melupai akan Maha Pencipta. Kita lalai akan suruhanNya dan sering melakukan apa yang dilarangNya. Dalam sedar dan tidak sedar,aqidah kita mampu terpesong dari kiblat yang sebenarnya.Jika ditanya apakah kiblat kita yang sebenarnya pasti ada yang menjawab "kiblat kita sudah tentulah Kaabah". Memanglah begitu. Kanak-kanak tadika pun jawab soalan macam tu. Tapi bagaimana dengan kiblat hati kita. Adakah hati kita masih lagi berkiblatkan Yang Maha Pencipta?Dalam sedar atau tidak kiblat hati kita telah pun terpesong lalu mengatakan mahkluk adalah yang berkuasa.nauzubillah....sebagai contohnya, kita boleh lihat dikaca TV yang memaparkan iklan-iklan yang boleh membuatkan kita lari dari akidah kita yang sebenarnya..Iklan produk-produk kecantikan seperti jusmate5 contohnya. Orang-orang yang bermasalah dengan berat badan mereka pasti akan terpesona dengan produk ini lalu mengatakan "produk inilah yang boleh mengurangkan berat badan aku". Jika dilihat di sini, orang ini amat yakin yang produk itulah yang boleh mengurangkan berat badannya. Jadi, apa yang menjadi masalahnya kalau dia yakin dengan produk itu? Orang ini terlalu yakin pada makhluk dan bukannya pada ALLAH.Itulah masalahnya...Produk itu tidak akan menjadi tanpa izin dari ALLAH.ALLAH yang membuatkan produk itu berkesan.Bukan pencipta produk itu...Itulah kadang-kadang kita terlepas pandang.

Itulah sebabnya kita harus mencari lagi ilmu terus menerus tanpa henti.tanpa rasa jemu...semakin banyak ilmu yang kita pelajari semakin dekat kita dengan ALLAH...dan dalam mencari ilmu janganlah kita terpedaya dengan anasir-anasir yang boleh memesongkan akidah kita...Mak selalu berpesan pada aku tiap kali hendak pergi menuntut ilmu ditempat yang jauh..."sembahyang jangan tinggal"...itulah pesanan yang kerap dikatakan. Jadi, nak menuntut ilmu janganlah sesekali mengabaikan suruhanNya.

Dalam kita mencari ilmu, adakalanya kita apa yang kita rancangkan tidak dapat kita capai. Dengan maksud kata yang lain ;gagal..Janganlah sesekali kita mengeluh dan berkata "kalaulah aku buat macam ni, mesti keputusan aku lebih baik"...sebaliknya, katakanlah "aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi dan sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui kenapa aku dapat kptsn sebegini". Jadi, janganlah menyebut 'Kalaulah' sebaliknya katakanlah 'takdir ALLAH dan ALLAH berbuat sekehendakNya'...sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanya membuka jalan bagi syaitan melakukan sesuatu..

sekian saja untuk kali ini...Wassalam..

Jumaat, 26 Mac 2010

Mulianya Seorang Guru

Assalamualaikum....

Guru...Seorang yang benar-benar rapat dalam hidup kita setelah kedua ibu bapa kita..Yelah, jika kita ada masalah dengan ibu bapa kita, di mana lagi tempat untuk kita mengadu dan meluahkan perasaan kalau bukan pada guru kita...Memanglah kita ada kawan2 yg juga seorang yg hampir dgn kita, namun adakalanya kawan boleh menjadi lawan kita atau dlm erti kata lain mungkin boleh menjadi musuh paling ketat bagi kita...Jadi seorang yang boleh kita percayai x lain x bukan adalah GURU...

Guru...dikatakan ibarat lilin...membakar diri demi menerangi alam yang kegelapan...
Sanggup mengorbankan kehidupan sendiri demi orang lain...Guru x pernah meminta balasan asalkan anak didiknya dapat mengecapi kejayaan serta mencapai cita-cita...

Begitulah, mulianya seorang guru...Tak dapat dibayangkan betapa besarnya jasa seorang guru itu...tidak dapat ditukarkan dengan wang ringgit mahupun emas delima...Oleh itu, hargailah jasa guru seperti menghargai seorang ibu...

Terima kasih GURU....

Ahad, 7 Mac 2010

5 Perkara Elok Di Sebut

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Orientalis

Orentalis dalam bahasa arab disebut Al Istisyraq bermaksud orang barat yang mempelajari ilmu ditimur untuk kepentingan politik.Namun sekarang ini golongan Orentalis bukan sahaja terdiri daripada orang orang barat bahkan terdiri daripada orang orang timur setelah terpengaruh.

Penubuhan Orentalis bermula di Andalus(Sepanyol) ditengah tengah kemuncak kempen Perang Salib pada kurun ke7 hijrah.Diantara mereka yang lantang mengetengahkan idea ini ialah Michell Scoot dan Rymoon Lol yang mana mereka berdua ini merupakan pederi kristian.Mereka berdua telah menyeru kepada semua paderi agar pergi ke timur untuk belajar ilmu islam dan kembali menyebar di Eropah
untuk tempoh 6 kurun permulaan.sekembalinya pederi paderi dari timur maka disaat inilah mereka melancarkan penjajahan dan serangan fikiran terhadap umat islam.

Penubuhan Orentalis telah disokong kuat oleh raja Perancis iaitu raja Louis yang memerintah ketika perang salib ke 8 telah menyimpulkan bahawa jalan untuk menghancurkan islam ialah dengan mengubah dasar islam dengan mempelajari tamadun islam itu sendiri.

Seterusnya antara agenda utama mereka ialah membaratkan umat islam melalui pelbagai sudut antarnya melalui politik seperti sekular,nasionalis dll, manakala dari sudut ekonomi seperti kapitalis sosialis, ekonomi campuran dll.

Orentalis sentiasa mengubah strategi mereka sehinggalah orang islam tidak nampak selama lamanya perancangan mereka seperti contoh mereka mendirikan pusat pusat pengajian islam mereka dibarat dan dinegara negara islam seperti dimesir sahaja terdapat 5 buah universiti ysng ditubuh oleh golongan ini.Mereka bijak mengatur strategi atas nama pendidikan

Antara kitab kitab merbahaya keluaran orentalis ialah ensiklopedia islam karangan yusuf syahad,kehidupan muhammad..oleh Alfaczium,islam..oleh hanry Lames,peperangan dan perdamaian dalam islam oleh majid Qudawi,Muqadimah Quran oleh..R.Bell

Namun begitu terdapat juga orentalis yang telah memeluk islam setelah merasakan usahanya sia sia kerana semakin dikaji semakin jelas kebenaran berpihak kepada islam seperti Rynan, Thomas Arnold,Wati Yan,dan Doktor Jerryniah.Mereka inilah yang telah mendedahkan banyak rahsia rahsia orentalis.

Maka dari sini dapatlah kita rumuskan bahawa Orentalis berusaha mencacatkan iaitu menutup kebaikan islam dengan menyebarkan keraguan sekitar mafhum islam itu sendiri serta berusaha menjajah negara islam setelah roh jihad umat islam lemah. seharusnya kita, umat islam khususnya perlu mengetahui orentalis..agar
tidak berpegang dengan pendapat dan ideanya kerana mereka ini merupakan golongan gunting dalam lipatan.

Sabtu, 27 Februari 2010

Solat dan Penemuan Sains

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.Tetapi kenapa? Dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2 dan 9, Allah SWT manjelaskan, "Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka....Dan mereka yang memelihara solat mereka" Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa untuk berjaya umat Islam tidak boleh mengabaikan solat sama sekali terutamanya solat-solat fardhu. Solat merupakan satu ibadah yang amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun ia tidak boleh ditinggalkan. Solat juga merupakan tiang agama.

Nabi pernah bersabda "Solat itu tiang agama,sesiapa yang meninggalkannya ibarat dia meruntuhkan agama" Solat dan Penemuan Sains Kajian-kajian sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaikan kepada manusia. Mereka yang bermeditasi menggunakan oksigen 17% lebih rendah daripada biasa. Di samping itu, jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya. Gelombang theta ialah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada di saat yang amat menenangkan terutamanya ketika hampir terlena. Meditasi mampu meredakan stress dan menjadikan seseorang lebih tenang dan ceria. Tambahan pula, mereka yang bermeditasi didapati lebih bertenaga dan kurang mengalami sakit jantung serta masalah pada sistem penghadaman.

Solat yang dilakukan secara khusyuk boleh diibaratkan sebagai meditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat yang dilakukan secara khusyuk, memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi yang biasa kerana solat yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah. Kalimah-kalimah dalam solat adalah pilihan Allah SWT dan Rasul, bukannya pilihan manusia biasa, dan ketenangan yang diperolehi adalah ketenangan kurniaan Allah SWT. Lebih daripada itu, mereka yang bersolat akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Solat dan Yoga,ada orang yang mengatakan solat ialah yoga. Sebenarnya solat bukanlah senaman ataupun yoga. Bagi orang Islam, solat lebih agung daripada sebarang senaman termasuk yoga. Solat ialah zikir yang paling mulia. Berhubung dengan yoga, yoga mempunyai kedudukan serta gerak badan tertentu yang dikenali sebagai asanas. Ketika mengamalkan yoga, seseorang akan duduk pada kedudukan tertentu dengan melafazkan kalimat-kalimatmantra yang tertentu di samping bernafas secara teratur. Salah satu kedudukan yoga atau asanas yang terpenting ialah Sirshasana (headstand). Ia dikenali juga sebagai King of Yoga.

Di kedudukan ini, seorang pengamal yoga akan meletakkan kepalanya ke bumi dan diperingkat kemuncaknya akan meluruskan badan agar kakinya berada di atas. Sayangnya kedudukan sebegini tidak dapat dilakukan oleh semua orang. Jika dilihat secara menyeluruh, memang terdapat beberapa unsur yoga di dalam solat. Solat merupakan ibadah yang merangkumi "jasad, roh dan akal". Ia mempunyai kedudukan serta gerak hati yang sentiasa ikhlas kepada Allah dan ini dikaitkan dengan rukun qalbi. Ia juga mempunyai kalimat-kalimat tertentu yang perlu dilafazkan dan ini dikaitkan dengan rukun qauli serta zikir.

Salah satu kedudukan yang terpenting dalam solat ialah sujud. Di kedudukan ini seseorang akan meletakkan kepalanya di bumi dan di kedudukan ini, darah dari jantungnya akan turun ke otak dengan mudah sekali. Berbeza denagn sirshasana, sujud dapat dilakukan oleh hampir semua orang. Namun solat ialah lebih daripada yoga kerana ia ialah ibadah yang berdasarkan wahyu. Ia adalah aktiviti penyembahan kepada Yang Maha Pencipta yang memerlukan disiplin kerana ia terikat dengan waktu. Seseorang yang hendak bersolat mestilah menyucikan jiwanya terlebih dahulu. Tekanan jiwa atau stress sering melanda manusia dan solat mempunyai penawar yang mampu meredakannya. Hal ini disebabkan solat mengandungi zikir dan zikir jika diamalkan dengan khusyuk mampu mendamaikan hati.

Source:
www.iluvislam.com
pink_solehah
editOr: n13@m

Selasa, 23 Februari 2010

Rintihanku....

Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti

Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengngati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Jadi Kenangan

Keranamu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa

Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya Cintamu

Sungguh Kau Lebih Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi

Jujur Ikhlaskah Hati Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan