ads

Sabtu, 28 Februari 2009

Ciri-ciri orang munafik

Assalamualaikum....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Dalam ceramah hari rabu baru2 ni, penceramah ade bercerita tentang sifat2 orang munafik.Semasa mendengar ceramah tu aku terfikir yang aku ade sifat2 orang munafik itu. Aku terase satu perasaan yang berlainan dari biasa. Minda aku berpusing2 memikirkan perkara itu dan aku jadi takut. Aku takut tergolong dalam golongan munafik. Ya Allah, aku memohon kepadaMU supaya melindungi aku, keluargaku,guru2ku,dan sahabat2 ku dari tergolong dalam golongan munafik ini.Amin....

Berikut adalah sifat-sifat atau ciri-ciri orang munafik.
1. Apabila dia berkata, dia berdusta
2. Apabila dia berjanji, dia mungkiri
3. Apabila diberi amanah, dia khianati

Semoga rakan2 mendapat hidayah dan muhasabah diri..Semoga kita semua dijauhkan dari sifat2 orang munafik.Amin...

Training palapes - antara assignment dan komitmen

Assalamualaikum....

Esok bermulanya latihan palapes yang ke 3 untuk semester 2 ni. Rasenye takde la teruk sangat. Hanya marathon 8 km dan hari sukan je. Kalau diikutkan nak aje cari alasan untuk tak yah Justify Fullberlari. Tak perlu bersusah payah letih. Tapi rase kalau tak join skali aku rase akan rase macam ade yang kurang. Sebab tu aku rase nak join gak larian ni. Supaya aku takkan rase disisihkan.Em, sentuh tentang displin peringkat senior, memang nampak sangat ketaranya perubahan kami. Semenjak tampuk pemerintahan staf azli dialihkan kepada En Zaidi, semenjak itulah senior mula berubah. Displin makin merosot dan komitmen dalam Palapes juga makin kurang. Tapi, pada pandangan aku, perubahan itu sudah pasti akan berlaku. Aku dah menjangkakannya sejak perubahan dalam organisasi Palapes UPSI ni. Ape yang aku rasekan nampaknya benar-benar berlaku. Ape yang aku nampak senior seolah-olah seperti seekor burung yang baru terlepas dari sangkarnya.Pendekkan cerite, baru terlepas dari azab siksa staf azli...hehe...tapi, inilah perangai manusia,diberi betis mahukan peha.Tak pernah bersyukur dan suka ambil kesempatan ke atas kesenangan yang diberikan. Memang sedih bila mengenangkan sikap sesetangah orang sebegini. Semoga Allah memberi petunjuk kepada orang-orang sebegini dan juga kepada diriku sendiri.
Teringat zaman intermediate dahulu, kami masih lagi di bawah kendalian Staf Azli, memang setiap kesalahan yang kami buat akan disambut dengan maki hamun dia. Kalau orang yang tak dapat terima cara dia memang akan mengata dan mengutuk dia. Namun dari sudut positifnya, cara Staf Azli lah yang banyak mendidik kami jadi berdisplin. Aku memang sanjung dia walaupun kadangkala aku takut tatap muke die. Tapi dengan dia lah aku dapat banyak belajar dan dapat didik diri aku lebih berdisplin. Takdela displin sangat tapi boleh la dikatakan lebih baik dari sebelum masuk palapes. Masa zaman intermediate ni la zaman kegemilangan kami. Dengarnya kami dapat banyak pujian la dari jurulatih2 dan pegawai latih. Tak tau la...dengar2 je...Tapi aku memang nampak kemajuan kami dari segi kerjasama dan komitmen kami. Memang terbaik. Tapi bila da dapat pujian kadang2 kita lupa siapa diri kita sampai mengata orang lebih senior dari kita. Macam tu lah aku mase inter dulu, mengate senior malas la,last2 kene batang idung balik. Bile da jd senior ni la baru aku rase ape yang diorang rase.
Em,,lagi satu la yang buat aku sedikit kecewa dengan sesetengah skot yang suke cari alasan untuk mengelak diri dari latihan atau pun pentadbiran. Alasannya kalau diikutkan memang remeh tapi masih boleh diterima sebagai alasan. Alasannya adalah ade discussion assignment. Macam lah orang lain tak de assignment. Macam lah assignment tu tak boleh siapkan mase lain. Herm,,ni la sikap kadang-kadang buat orang lain sakit hati. Tapi aku malas la nak bidas sikap diorang. Terpulang la pada diorang, aku takde kuasa nak mengubah diorang. Semuanye atas diorang nak berubah ataupun tidak. Semoga Allah beri petunjuk buat kawan2 aku yang ada sikap sebegini.Amin...

Khamis, 19 Februari 2009

Satelit AS, Russia berlanggar


LAKARAN artis Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) menunjukkan bumi dikelilingi 18,000 objek termasuk satelit.

MOSCOW: Satelit Amerika Syarikat dan Russia berlanggar di angkasa lepas buat kali pertama dalam sejarah menyebabkan sisa serpihannya mungkin mengancam pesawat lain di orbit, kata pakar dua negara itu.

Buat masa ini, ia tidak memberi risiko besar kepada Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) yang mempunyai tiga krew, dua daripada mereka angkasawan Amerika, kata jurucakap Kawalan Misi Russia, Valery Lyndin.

Perlanggaran berlaku pada 1700 GMT di ruang angkasa utara Siberia membabitkan satelit Iridium LLC dan satelit tentera Cosmos-2251 kira-kira 780 kilometer di ruang Artik Russia.


Ketinggian berkenaan biasanya digunakan satelit memantau cuaca, menyampaikan komunikasi dan melakukan pemerhatian saintifik.


“Orbit itu memang penting bagi satelit. Kami percaya ini kali pertama dua satelit berlanggar di orbit,” kata Kolonel Les Kodlick dari Ibu Pejabat Strategik Amerika.

Pusat Operasi Bersama Angkasa Lepas Amerika kini memantau 500 hingga 600 serpihan satelit berkenaan, ada sekecil 10 sentimeter selain 18,000 objek buatan manusia lain di angkasa lepas, katanya.

Unit Tentera Angkasa Russia berkata, ia juga memantau pergerakan serpihan berkenaan pada ketinggian 500 kilometer dan 1300 kilometer di ruang angkasa bumi.

Keutamaan diberi kepada keselamatan ISS yang berada di orbit 350 kilometer di bawah lokasi perlanggaran.

Lyndin berkata, pemantauan serpihan tertumpu kepada usaha memastikan tiada serpihan itu mendekati ISS. Stesen itu juga mengubah orbit bagi mengelak serpihan satelit berkenaan. - Reuters/AP


Ahad, 8 Februari 2009

Teleportation Dalam Al-Quran

Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab "Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip." Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba Justify Fullaku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia." [An-Naml : 40]




Dalam ayat di atas 'seorang yang mempunyai pengetahuan dari Al-Kitab' telah berkata bahawa dia mampu untuk membawa singgahsana Ratu Balqis dari negeri Saba ke singgahsana Nabi Sulaiman di Palestin pada masa yang sangat singkat. Hal ini nampak seperti mustahil akan tetapi yakinlah bahawa sekiranya Al-Qur'an yang membicarakannya, maka tiada apa pun yang mustahil. Penemuan terkini telah membuktikan bahawa suatu hari nanti, manusia mampu memindahkan objek dari satu tempat ke satu tempat lain yang jauh dalam beberapa saat sahaja. Teknologi ini dinamakan teleportation.

Teleportation ialah perpindahan objek atau zarah asas dari satu tempat ke tempat yang lain dengan serta-merta tanpa bergerak melalui ruang. Sehingga kini saintis telah berjaya melakukan teleportation ke atas foton dan atom. Teleportation ini berbeza dari teleportation seperti yang digambarkan dalam fiksyen sains. Dalam fiksyen sains, teleportation boleh memindahkan satu objek ke tempat yang lain. Secara realiti, teleportation sebenarnya tidak memindahkan objek tersebut sebaliknya apa yang dipindahkan sebenarnya ialah maklumat yang terkandung dalam atom objek tersebut dan disusun semula atom-atom itu menjadi replika yang sama dengan objek asal.

Teleportation secara mudahnya boleh dibayangkan sebagai permainan snuker. Dalam fiksyen, teleportation dianalogikan seperti sebiji bola yang berputar lenyap dari satu sudut meja dan muncul semula bola yang sama pada satu sudut yang lain. Sebaliknya dalam quantum teleportation, bola yang berputar tadi tetap pada tempatnya manakala sifat putaran itulah yang dipindahkan ke atas bola lain di atas meja.

Perkembangan Terkini

Pada 1993, enam orang saintis termasuk seorang dari IBM, Charles H. Bennet mengesahkan bahawa teleportation seperti yang digambarkan dalam fiksyen sains secara prinsipnya boleh dilakukan dengan syarat objek asal perlulah dimusnahkan.

Pada 1998, beberapa ahli fizik di California Institute of Technology (Caltech) bersama dua kumpulan dari Eropah menjadikan idea IBM satu kenyataan apabila mereka berjaya melakukan teleportation ke atas foton iaitu partikel tenaga yang mengandungi cahaya. Kumpulan ini berjaya membuat bacaan pada struktur atom foton kemudian menghantar maklumat tersebut sejauh 3.28 kaki (kira-kira 1 meter) melalui kabel dan membina replika foton tersebut. Seperti yang dijangkakan, foton yang asli tidak lagi wujud setelah foton replika dibina.

Pada 2002, beberapa orang penyelidik dari Australian National University (ANU) telah berjaya membuat pancaran cahaya lenyap di satu tempat dan muncul semula di tempat lain pada jarak yang dekat. Kejayaan ini meyakinkan lagi mereka bahawa secara teori teleportation tidak mustahil walaupun melibatkan hanya partikel sub-atom.

Paling terkini iaitu pada 2006, satu eksperimen yang dikatakan paling berjaya telah dijalankan di Niels Bohr Institute di Copenhagen, Denmark. Dr. Eugene Polzik dan kumpulannya telah melakukan teleportation maklumat yang tersimpan di dalam pancaran laser kepada kepulan atom. Menurut Dr. Polzik, eksperimen ini melangkah setapak jauh ke hadapan kerana buat pertama kali ia melibatkan teleportation antara dua objek yang berbeza iaitu cahaya dan jirim. Satu berfungsi sebagai pembawa maklumat manakala satu lagi medium penyimpanan. Maklumat tadi telah diteleportkan sejauh 1.6 kaki (setengah meter).

Teleportation Manusia

Kita masih lagi terlalu jauh untuk dapat membina mesin teleport seperti di dalam filem. Untuk membolehkan seseorang dipindahkan ke satu tempat yang lain dalam sekelip mata, pergerakan mestilah dengan kelajuan cahaya. Hal ini menurut hukum fizik adalah mustahil.

Membina mesin yang boleh menjalankan teleport manusia bukan mudah. Mesin itu mestilah mampu mengenal pasti dan menganalisa dengan tepat kesemua 1028 atom pada badan manusia. Kemudian, mesin ini perlu menghantar maklumat ke lokasi yang lain di mana badan seseorang itu akan dibina semula dengan tepat mengikut tubuh asal. Molekul yang dibina tidak boleh tersasar meskipun hanya beberapa milimeter kerana hal ini boleh menyebabkan kecacatan yang parah pada sistem neuro atau fisio.

Katakanlah mesin ini berjaya dicipta, manusia yang dipindahkan itu pada hakikatnya tidak "dipindahkan". Mesin teleport ini lebih mirip kepada mesin faks, cumanya salinan manusia tersebut mempunyai ketepatan yang lebih berbanding mesin faks. Namun begitu, apa yang terjadi pada manusia yang asal? Teori mencadangkan supaya menggabungkan pengklonan genetik (genetic cloning) dan pendigitan (digitization) dengan teleportation.

Dalam pengklonan biodigital ini, manusia asal yang hendak dipindahkan itu secara asasnya akan mati. Minda dan tubuh yang asal tidak lagi wujud. Sebaliknya, struktur atom seseorang itu akan dibina semula di lokasi yang lain, manakala pendigitan pula akan membina semula memori, emosi, harapan dan impian. Dengan kata lain, seseorang itu wujud dengan badan baru yang diprogramkan dengan maklumat yang sama dengan tubuh asal.

Semua artikel ni di ambil dari website www.iluvislam.com...Diambil dengan tujuan utk memberi pengetahuan kepada umum...

Ahad, 1 Februari 2009

Gerakan anti-PPSMI julung kali ke jalan

Kempen memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) meningkatkan tahap bantahannya hari ini dengan melangkah ke tahap baru - berhimpun di jalan raya.

Perhimpunan julung-julung kali itu dilancarkan petang ini di perkarangan pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman - simbol lazim siri bantahan era reformasi 1998.

Bagaimanapun, hasrat penganjurnya Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) untuk mengumpulkan 500 pencinta bahasa tidak tercapai walaupun kelibat beberapa tokoh terkenal bahasa dan sastera dalam program itu menyelamatkan keadaan.

gmp protest 310108 crowdProgram itu hanya dikerumuni kira-kira seratus orang yang lalu-lalang bagi membeli-belah di kompleks popular itu.

Perhimpunan itu bermula dalam keadaan hujan renyai-renyai yang turun sejak jam 1 tengah hari lagi.

Bagaimanapun ia berakhir tanpa sebarang masalah dengan polis, walaupun permohonan permit berhimpun tidak dibuat.

Malaysiakini difahamkan penganjur hanya memaklumkan secara bertulis kepada polis berhubung program berkenaan.

gmp protest 310108 samad saidSasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang sebelum ini berteka-teki tentang kehadiran beliau akhirnya muncul buat pertama kali dalam program sebegitu.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media, sebaliknya hanya bergambar sambil memegang sepanduk kecil bertulis "Jangan bunuh bahasa ibunda".

Beberapa tokoh utama bahasa seperti penyair Dinsman, bekas profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan bekas profesor falsafah sains Dr Shahrir Md Zain serta penulis Ainon Mohd turut serta seperti dijadualkan.

Penyair popular Pyanhabib, ahli jawantkuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar dan aktivis popular teater Khalid Salleh turut hadir.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas acara pelancaran itu, Khalid berkata hari ini ramai aktivis bahasa yang tidak pernah muncul dalam program seumpama itu tampil buat kali pertama menyatakan bantahan mereka kerana keadaan "sudah terdesak sangat".

Tambahnya, bukan sahaja bahasa, tetapi dalam pelbagai segi hak-hak orang Melayu mulai terhakis.

Khalid mendakwa selama tujuh tahun apabila PPSMI diperkenalkan, orang tidak turun memprotes kerana "orang tidak ada asas budaya dan bahasa".

Pemimpin politik yang kelihatan termasuklah ketua penerangan PKR Tian Chua, ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.

Majlis bermula kira-kira 2.45 petang, kira-kira 15 minit lebih awal daripada yang dijadualkan.

gmp protest 310108 photo sessionPengerusi jawatankuasa induk GMP Datuk Dr Hassan Ahmad memberikan ucapan ringkas kira-kira lima limit sebelum melancarkan kempen berkenaan.

Tindakan itu menyebabkan sebahagian daripada kira-kira 30 yang hadir terlepas sidang akhbar yang diadakan sejurus selepas pelancaran itu.

Program yang kelihatan tidak tersusun itu menyebabkan orang ramai yang hadir terpinga-pinga dan tidak terarah, termasuk wartawan yang berkeliaran mendapat komen daripada beberapa tokoh yang hadir.

Dalam masa yang sama, kita-kira 30 polis berpakaian seragam cuba menyuraikan keadaan.

Kumpulan tokoh bahasa dan sastera itu kemudiannya hanya duduk di sebuah restoran di hadapan kompleks berkenaan.

Orang ramai dan wartawan mula bersurai kira-kira 4.30 petang.

Majlis pelancaran ini diadakan dalam rangka GMP menganjurkan perhimpunan besar-besaran 7 Mac ini - ala demonstrasi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007 - untuk menyerahkan memorandum isu PPSMI kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

sumber : Malaysiakini