ads

Jumaat, 26 Mac 2010

Mulianya Seorang Guru

Assalamualaikum....

Guru...Seorang yang benar-benar rapat dalam hidup kita setelah kedua ibu bapa kita..Yelah, jika kita ada masalah dengan ibu bapa kita, di mana lagi tempat untuk kita mengadu dan meluahkan perasaan kalau bukan pada guru kita...Memanglah kita ada kawan2 yg juga seorang yg hampir dgn kita, namun adakalanya kawan boleh menjadi lawan kita atau dlm erti kata lain mungkin boleh menjadi musuh paling ketat bagi kita...Jadi seorang yang boleh kita percayai x lain x bukan adalah GURU...

Guru...dikatakan ibarat lilin...membakar diri demi menerangi alam yang kegelapan...
Sanggup mengorbankan kehidupan sendiri demi orang lain...Guru x pernah meminta balasan asalkan anak didiknya dapat mengecapi kejayaan serta mencapai cita-cita...

Begitulah, mulianya seorang guru...Tak dapat dibayangkan betapa besarnya jasa seorang guru itu...tidak dapat ditukarkan dengan wang ringgit mahupun emas delima...Oleh itu, hargailah jasa guru seperti menghargai seorang ibu...

Terima kasih GURU....

Ahad, 7 Mac 2010

5 Perkara Elok Di Sebut

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Orientalis

Orentalis dalam bahasa arab disebut Al Istisyraq bermaksud orang barat yang mempelajari ilmu ditimur untuk kepentingan politik.Namun sekarang ini golongan Orentalis bukan sahaja terdiri daripada orang orang barat bahkan terdiri daripada orang orang timur setelah terpengaruh.

Penubuhan Orentalis bermula di Andalus(Sepanyol) ditengah tengah kemuncak kempen Perang Salib pada kurun ke7 hijrah.Diantara mereka yang lantang mengetengahkan idea ini ialah Michell Scoot dan Rymoon Lol yang mana mereka berdua ini merupakan pederi kristian.Mereka berdua telah menyeru kepada semua paderi agar pergi ke timur untuk belajar ilmu islam dan kembali menyebar di Eropah
untuk tempoh 6 kurun permulaan.sekembalinya pederi paderi dari timur maka disaat inilah mereka melancarkan penjajahan dan serangan fikiran terhadap umat islam.

Penubuhan Orentalis telah disokong kuat oleh raja Perancis iaitu raja Louis yang memerintah ketika perang salib ke 8 telah menyimpulkan bahawa jalan untuk menghancurkan islam ialah dengan mengubah dasar islam dengan mempelajari tamadun islam itu sendiri.

Seterusnya antara agenda utama mereka ialah membaratkan umat islam melalui pelbagai sudut antarnya melalui politik seperti sekular,nasionalis dll, manakala dari sudut ekonomi seperti kapitalis sosialis, ekonomi campuran dll.

Orentalis sentiasa mengubah strategi mereka sehinggalah orang islam tidak nampak selama lamanya perancangan mereka seperti contoh mereka mendirikan pusat pusat pengajian islam mereka dibarat dan dinegara negara islam seperti dimesir sahaja terdapat 5 buah universiti ysng ditubuh oleh golongan ini.Mereka bijak mengatur strategi atas nama pendidikan

Antara kitab kitab merbahaya keluaran orentalis ialah ensiklopedia islam karangan yusuf syahad,kehidupan muhammad..oleh Alfaczium,islam..oleh hanry Lames,peperangan dan perdamaian dalam islam oleh majid Qudawi,Muqadimah Quran oleh..R.Bell

Namun begitu terdapat juga orentalis yang telah memeluk islam setelah merasakan usahanya sia sia kerana semakin dikaji semakin jelas kebenaran berpihak kepada islam seperti Rynan, Thomas Arnold,Wati Yan,dan Doktor Jerryniah.Mereka inilah yang telah mendedahkan banyak rahsia rahsia orentalis.

Maka dari sini dapatlah kita rumuskan bahawa Orentalis berusaha mencacatkan iaitu menutup kebaikan islam dengan menyebarkan keraguan sekitar mafhum islam itu sendiri serta berusaha menjajah negara islam setelah roh jihad umat islam lemah. seharusnya kita, umat islam khususnya perlu mengetahui orentalis..agar
tidak berpegang dengan pendapat dan ideanya kerana mereka ini merupakan golongan gunting dalam lipatan.