Assalamualaikum....
Cerite pasal penyakit ni, ingat aku mase kecik2 dulu. Aku dulu pernah kene penyakit kulit kat betis aku. Lame jugak la berlarutan sampai la satu hari ayah bawa aku pegi klinik dan aku telah terima suntikan. Sejak dari tu, penyakit tu da semaakin hilang. Itulah kisah penyakit dulu-dulu. Mungkin dari keturunan atau mungkin dari salah kita yg tak pandai jage kesihatan.
Tapi dalam era sekarang ni, timbul pula berbagai-bagai jenis penyakit dan sampai ada yang membawa kepada kematian. Begitu juga di Malaysia ni, berbagai-bagai jenis penyakit yg membawa maut telah muncul tanpa diundang oleh kita. Penyakit bawaan virus-virus yg membunuh seperti HIV, kemudian muncul pula JE,SARS dan selsema burung.
Yang terbaru sekarang ni, muncul pula selsema babi atau influenza A (H1N1). Virus yang berasal dari negara Mexico telah merebak ke seluruh dunia. Begitu juga dengan Malaysia yang turut menerima tempias yang sama.Kesannya tidak lah terasa pada permulaan berita tentang virus itu. Namun, setelah beberapa pentupan sementara beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta beberapa buah sekolah, berita ini amat membimbangkan aku. Mana tidaknya, semalam aku mendapat berita yang institut perguruan sultan Mizan ditutup selama seminggu(IPSM) kerana bala H1N1 ini. Sedangkan IPSM tu hanya beberapa kilometer je dari rumah keluarga aku. Jadi aku amat risau tentang kesihatan keluarga aku di kampung.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, banyak IPT telah ditutup selama seminggu akibat H1N1 ni. Yang terbaru aku dengar UNIMAP dah tutup seminggu jugak. Tapi, UPSI masih lagi belum menerima sebarang arahan untuk ditutup kerana masih lagi tiada kes yang berlaku. Namun hari ni(28/07/2009), semua kolej kediaman UPSI telah dikuarantinkan mulai 29/07/09. Tak tau la berapa lama student di sini kene kuarantin.
Tapi, jika difikirkan kembali, kenapa semua musibah ini berlaku kepada kita. Dalam kita berfikir tentang cara untuk membuat penawar bagi penyakit ini, kita mungkin terlupa yang kita harus berbalik ke pangkal jalan. Kita mungkin telah lalai dalam mengingatiNYA.Kita juga mungkin tidak sedar yang kita terlalu mengagungkan kebesaran makhluk sedangkan makhluk tiada kuasa. Yang berkuasa hanyalah ALLAH. Dialah yang memberikan kita makan,minum, tempat perlindungan dan bukan makhluk yang memberinya. Jadi, ALLAH mungkin menjadikan musibah H1N1 ini sebagai peringatan bagi manusia yang lalai dalam mengingatiNYA
Oleh itu, hendaklah kita sesama saudara seagama saling berpesan-pesan serta ingat mengingati antara satu sama lain semoga hidup kita dijauhkan dari segala musibah seperti ini. wallahualam....