ads

Sabtu, 14 Julai 2012

Maafkan Aku......

Assalamualaikum.... Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Nya bernafas sehingga sekarang. Kehidupanku semakin hari semakin mencabar. Yelah, hidup seorang diri memerlukan aku untuk terus berdikari. Bukan tidak mempunyai teman, kawan n sahabat cume aku tidak mahu mengganggu kehidupan mereka yang semakin sibuk. Masing-masing akan mengejar rezeki yang Allah bentangkan dihadapan mereka. Kini, hidupku tidak seperti tahun pertamaku di klang.Aku sendirian menghadapi arus hidupku tanpa sesiapa di sisi. Pada siapa lagi harus aku luahkan dan kongsikan? Tatkala keseorangan di rumah adakalanya hati aku mengeluh, mengatakan mereka tidak lagi mengingati aku. Aku cuma diperlukan disaat mereka dalam keterpaksaan mendapatkan bantuan aku. Sadis bukan? Pahit untuk aku telan. Tapi apakan daya, inilah kehidupan. Ada hikmah di sebaliknya. Mungkin Allah mahukan aku teruskan hidupku dengan belajar dari sekeliling aku. Memang benar, aku perlukan sesorang di sisi. Seperti Adam yg keseorangan di dalam Surga. Lalu Allah menciptakan Hawa dari rusuk kiri Adam. Jadi, aku tidak perlu rasa gusar kerana jodohku pasti tiba. Bak kata Ustaz Don, tak perlu gaduh pasai jodoh ni. Yang penting perbaiki hubungan dengan Allah.Jadi, segalanya aku serahkan padaNya. Aku cuma ada Dia. Dialah penciptaku. Yang mengetahui segala yang aku perlukan. Terima Kasih Ya Rabb kerana mengurniakan bnyk nikmat padaku sehingga ke hari ini. Sebelum aku memejamkan mata, aku ingin memaafkan semua orang yg mungkin bersalah denganku. Smoga kalian berbahagia dengan kehidupan kalian. Maafkan aku andai aku bersalah terhadapmu. Sekian....

Sabtu, 19 November 2011

Coretan di Hari Terakhir Persekolah.....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah,,syukur ke hadrat Allah SWT...kerana dengan izinNya sy dpt menulis blog kali ni..Rasenye da lame tak post kan ape2 entri sejak kebelakangan ni..Bila da hujung tahun ni bnyk perkara yg harus di setelkan. Siapkan report kad pelajar, kad kokurikulum,rekod kedatangan pelajar, dan macam2 lagi la...Dan hujung tahun ni, ramai pualak cikgu2 yang nak berpindah keluar dari sekolah ni dan buat En Mong, saya ucapkan selamat bersara. Tahun ni ,merupakan tahun terakhir beliau bersama ACS. Setelah 13tahun berbaktik di sekolah ini. Pasti banyak jasa telah ditaburkan kepada sekolah ini. Pada aku, beliau memang yang istimewa.Pesanan terakhir beliau, jangan banyak mengeluh dengan tugas yang diberikan dan buat sebaik mungkin. Selain En Mong, Pn Vanaja, Pn Lee Siew Goh dan Pn Jesse masing2 telah bertukar ke sekolah lain. Semoga mereka teruskan bakti mereka dalam mendidik anak bangsa ke arah kecemerlangan. Sebelum ini juga, ada beberapa guru juga yang telah bertukar. Antaranya PK HEM, Tn Hj Samsudin, Pengetua ( ke PPD),En Adaikalaisamy(kaunselor), Pn Norliza Mat Radzi(SU Displin), Pn Emilia Man( Kaunselor aka my mentor), dan En Rajamokan (SU PIBG).Masing2 yg bertukar merupakan org2 penting di ACS.

Dan yg terbaru ni, sblm sekolah cuti, ade juga cikgu2 yg nk bertukar antaranya En Kamaljeet, Pn Zainam, pn.zaliah dan En Zahrin(belum kompem).Emm, entahla, sejak pegang kelab guru sekolah ni, ramai cikgu yang berpindah. Mungkin ade ketidakpuasan hati dengan kelab guru tahun ni. Aku harap aku xpegang lagi tahun depan. Berilah kepada yg betul2 layak. Yang dapat menjaga kebajikan guru2 lain sebaiknya. Aku merasakan aku dah cuba yang terbaik tapi ini sajalah yg mampu aku lakukan. Aku mohon kemaafan kepada semua cikgu2 kerana tak dapat beri yg terbaik.

Aku jugak minta maaf sebab majlis perpisahan utk 4 org guru tak dapat diadakan. Sebab tiada siapa yg maklum kan kpd aku. Yela, dalam sminggu ni aku tiada di sekolah sebab bertugas sbg pngws SPM. Kalo ade di sekolah pn cuma pd waktu ptg krn ade kerja yg nk selesaikn. Tapi agak terkilan jgk sebab ade jgk yg nk salahkn aku. Sedih la rase hati ni.Tapi xmengapala, mereka xberada ditempat aku jd mereka xdpt rasakan ape yg aku rase. Kdg2 aku terasa tekanan yang amat sangat dan selalu di dalam keadaan yg serba salah dan sering dipersalahkan. Ape lagi agaknya serangan mereka kpd aku lps ni. Tunggu dan lihat saja la.

Tak sabar rasanya utk tunggu pengesahan jawatan. Bole jgk mintk tkr skola. Tp bkn la bermaksud tak mampu menahan tekanan di ACS ni tapi aku harap supaya dekat dengan mak dan ayah aku. Ayah pn da brape sihat. Kalo dekat boleh la aku hantar ke klinik kalo die xsihat.

Emm,,setakat tu je la coretan kali ni...Semoga Allah beri kekuatan dalam menghadapi dugaan dan ujian yg mendatang...

Sabtu, 6 Ogos 2011

Selepas Seminggu Berpuasa....~


Assalamualaikum...

Sudah hampir seminggu umat islam menunaikan ibadat berpuasa..Tak terkecuali aku..Alhamdulillah, aku dapat menunaikannya walaupun dalam keadaan yang agak meletihkan..maklumlah, ini adalah pengalaman pertama berpuasa di dalam kerjaya aku sendiri sebagai guru..Hari pertama berpuasa aku dapat rasakan keletihan yang teramat sangat..tak pernah rasanya merasakan keletihan seperti itu...mmg la sape2 pun letih bile berpuasa...tapi letihnya kali ini mmg luar dari kebiasaan aku..Namun, Alhamdulillah,hari demi hari sehinggalah hampir seminggu berpuasa, aku semakin dapat membiasakan diri...Dan semakin mendapat rentak ketika mengajar di dalam kelas...

Bila tiba bulan puasa ini,pasti aku akan rindukan keluarga di kampung...tempat tanah tumpahnya darahku...bila berada di perantauan mmg berlainan rasenye...rindukan masakan emak..walaupun selalunye simple tapi aku amat bersyukur dengan ape yg emak sediakan utk berbuka..mmg la xsemewah seperti apa yg aku slalu mkn ketika di Klang ini tapi rasanya mmg berlainan daripada ape yg emak masakkan utk aku...simple tetapi bermakna..sebab yg sediakan adalah bonda yg aku sayangi..air tangannya mmg ajaib...begitulah ajaibnya kasih sayang seorang isteri dan ibu terhadap keluarganya..

Emm,,jadi hari ni 6 0gos bersamaan 6 Ramadhan...aku menemani Yaya ke klinik gigi di PJ,tujuannya utk memasang braces pade giginya..mahal jugak ye,,3ribu lebih...aku dan yaya tidak bersendirian sebab ditemani juga kak irma n raudhah...slps itu, hantar pula raudah ke site tempat tunangmye, Nakhaie bekerja..so,slps itu kitorg habeskan mase di sunway piramid sementara menunggu yaya menyelesaikan urusannye...di sunway piramid, aku berjalan berseorangan...dan singgah di kedai buku popular...jadi di kedai ni,aku tertarik pada sebuah buku bertajuk 'Murabbi Cinta'...aku pn xtau kenapa aku tertarik buku2 kisah cinta ni...mungkin sebab selepas aku berpisah dgn aini..mungkinkah aku harus mencari cinta lagi..???(huhu...mls nk fikir)...so, ptg tu slps amik yaya, kitorg berbuka puasa di PJ beramai2...kbtln kak irma nk blanje...(tq kak irma..hehe)dpt mkn mee goreng pattaya n air fresh oren..best2.hehe..jd hari ni aku tak keluarkan lgsg duet...semuanya disponsor oleh rakan2ku...so, tq yaya,kak irma n raudhah...bile2 boleh la blanje lg...hee..wassalam...~

Sabtu, 23 Julai 2011

seminggu sebelum Ramadhan...~

Assalamualaikum,,

Lame xpost kt blog saye ni...kebelakangan ni asyik sibuk dengan tugasan kerja...daripada kerja dalam sekolah sehingga lah ke peringkat daerah Klang..Klang memang sangat aktif pada pandangan saya..walaupun bajet atau peruntukan semakin berkurangan, daerah klang masih lagi mampu mengadakan aktiviti kokurikulum utk pelajar sekolah di daerah ini...Namun yang paling sibuk sudah pastinya guru-guru yang membimbing pelajar dalam badan beruniform mahupun sukan dan persatuan...sudah la sibuk dengan P&P kelas ditambah pula dengan tugasan2 sampingan yang lain, mmg xterbayang kesibukan guru pada masa kini...di samping mengajar pelajar di dalam kelas, tugas guru juga adalah mendidik pelajar untuk menjadi seorang insan yg seimbang dari segi JERI,dan juga mempunyai nilai kepatuhan kepada tuhan...

Pada saya, tidak berguna jika pelajar itu cemerlang dari segi akademik tetapi mempunyai sahsiah yg sangat teruk.. Pada saya ia adalah satu kegagalan kepada bidang perguruan..Jika diimbaskan kembali kisah Rasulullah saw, baginda memulakan langkah menyebarkan islam dengan mengubat kembali penyakit2 hati yang ada dalam diri manusia..Maksudnya di sini, baginda sangat menitikberatkan nilai2 murni yg ada dalam diri manusia..

Kejayaan sebenar kpd seorang guru adalah berjaya menghasilkan pelajar yg cemerlang dari segi akademik dan juga seorang yang mempunyai keperibadian yang sangat mulia...itulah pada pandangan saya seorang yg benar2 cemerlang...

dilihat pada hari ini, masalah displin pelajar smkn merosot...Mengapakah terjadinya perkara seperti itu??Pada saya itulah mslh sistem pendidikan di negara kita yg terlalu berorientasikan peperiksaan...mentaliti pelajar kini adalah belajar utk mendapatkan gred A...adakah dgn gred A itu pelajar mampu menjadi seorang yg baik???

Jadi, disamping cikgu2 mengajar mereka didalam kelas, terapkanlah juga nilai2 murni supaya mereka mudah menyedari akan kesilapan mereka supaya kelak mereka tidak akan datang berjumpa ckgu mereka dengan rasa menyesal...biarlah mereka datang menemui kita dengan rase bersyukur dan berbangga dengan guru mereka,,,

wassalam...~

Sabtu, 18 Jun 2011

Mana Milik Kita ???



Assalamualaikum...

Seketika terdengar lagu alunan allahyarham ustaz asri dari kumpulan rabbani yang bertajuk Mana Milik Kita, terdetik dalam hati ini, betapa kerdilnya dan hinanya diri ini di hadapan-Nya. Hinanya diri ini terasa kerana seringkali diri ini lupa dan tidak bersyukur dengan apa yang telah Dia kurniakan. Sudah bermacam-macam nikmat telah kita perolehi, nikmat 5 pancaindera, nikmat makan, harta kekayaan, nikmat kesenangan...MasyaAllah, mampukah kita menghitung berapa banyakkah nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita??Ya kawan-kawan,,tidak terhitung banyaknya...tapi, pernahkah kita bersyukur dengan apa yang telah kita perolehi??Jadi, yang mana satu hak kita kawan-kawan??semuanya adalah milik Allah..tapi kenapa ada segelintir dikalangan kita begitu sombong dengan harta kekayaan yang dimiliki??sehinggakan sanggup menghina dan menindas saudara seagamanya??lupakah dia yang hartanya juga cuma pinjaman??jadi kawan-kawan, tak perlulah kita begitu takbur dan bongkak dengan kekayaan yang sementara tu...takkan kekal kekayaan itu,

kecualilah ia dibelanjakan di jalan Allah..Insyaallah..jadi, saya ingin mengajak kawan-kawan bermuhasabah diri,saya bukanlah orang yang alim,ustaz mahupun imam muda tapi sebagai saudara seagama yang ingin berpesan2 sesama kita..maklumlah, bak kata Dr M, melayu mudah lupa.tapi bukan melayu saja yg mudah lupa, tapi sudah lumrah manusia mmg mudah lupa,,sebab itulah Allah menyuruh kita saling berpesan2 sesama kita...Insyaallah,,jika ini dapat diamalkan, kita semua tidak akan terjatuh kedalam perangkap musuh utama kita iaitu syaitan...sekian, wassalam...=)

Ahad, 8 Mei 2011

Pasrah Segalanya

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur ku panjat ke hadrat Illahi kerana masih lagi mengizinkan aku bernafas di atas muka bumi yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Sesungguhnya tiada apa yang mampu aku lakukan tanpa izin-Nya. Dialah Maha Menguasai segalanya di seluruh semesta.

Sudah 5 bulan aku berkhidmat sebagai guru, pelbagai rintangan dan dugaan telah aku hadapi. Banyak kisah yang terjadi dalam 5 bulan ni. Yang baik dan yang menguji diri. Cerita yang pada aku tiada kesudahannya. Pada aku manusia memang mempunyai sifat rasa tidak puas hati. Aku juga kadang-kadang terasa juga rasa tidak puas hati.

Seperti yang berlaku dalam komuniti sekolah aku, pasti ada ketidakpuasan hati meskipun sebaik mana kerja yang kita lakukan. Pada aku, apa yang aku dengar adalah satu kritikan untuk aku memperbaiki diri aku. Walaupun dalam hati ini terasa aku da buat yang terbaik, tetapi masih lagi ada yang mengata di belakang. Silapnya di sini, mengapa tidak memperbetulkan kesalahan aku secara terus kepada aku???Kenapa mesti menceritakan kelemahan dan keburukan aku kepada cikgu-cikgu lain?? Buruk sangat ke aku ni??Lemah sangat ke aku ni??

Pada aku, aku tiada masalah untuk menerima kritikan daripada mana-mana cikgu mahupun pelajar, tetapi biarlah terus kepada aku sendiri. Tak perlu lah diceritakan kepada orang lain. Bila difikirkan balik, memang sakit rasa hati ini tetapi biarlah Allah saja yang memberi pengajaran kepada mereka. Mungkin perkara kata mengata dah menjadi makanan harian mereka. Semoga Allah tunjukkan jalan kepada mereka.

Bila mendengar luahan daripada rakan-rakan sejawat aku yang setimpal nasibnya dengan aku, rasa kecewa aku kembali. Kerana kritikan mereka bagaikan tidak kena. Manakan tidaknya, aku dikatakan tidak aktif semasa hari sukan semalam sedangkan hampir seminggu aku datang sekolah pada tiap-tiap petang untuk melatih pelajar2 yang masuk perbarisan untuk hari sukan dan hampir setiap hari aku tidur lewat untuk menyediakan bahan untuk P&P. Dan semasa hari sukan, aku berjemur di tengah panas untuk menjalankan tugas aku sebagai pembantu pelepas. Kecewa rasanya di hati ini hanya Allah saja yang mengetahui...

Namun, aku akan gagahkan hati ini dan tahankan telinga ini untuk menghadapai dugaan yang mendatang. Aku pasrahkan segalanya yang terjadi...Pasti ada hikmah di sebalik segala yang berlaku....

Untuk kawan-kawan sejawat aku...dengarlah lagu ini...Semoga kita semua tabah mengharungi segala dugaan..dan jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah...

____________________________________________________________________________

Pasrah Segalanya

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

~Terima Kasih Emak~

"abang, tolong mak pergi kedai sekejap"

Masih terngiang-ngiang di telinga ayat itu sehingga sekarang.

"abang, dah solat ke belum??"

Antara ayat yang selalu diperkatakan emak yang sentiasa diingatan aku.
Namun, ape selalu aku balas...

"malas la mak" dan "jap lagi la mak"

Walau apa pun alasan atau kerenah aku lakukan, emak tak pernah merungut keletihan. Emak memang seorang yang tabah dan gigih dalam melayani perangai aku dan adik-adik2 aku yang kadang-kadang nakal nya agak keterlaluan.

Aku pernah dirotan emak kerana malas nak pergi sekolah. Mase tu aku masih lagi belajar di sekolah tadika al-arqam(setahun sebelum al-arqam diharamkan). Masih terasa lagi sakitnya dirotan emak. Tetapi masih terbayang diingatan wajah emak semasa merotan aku. Emak merotan aku kerana sayang kan aku. Walaupun banyak kali aku telah menyusahkan emak, emak tak pernah merungut.

Begitulah kasih sayang emak pada aku dan adik-adik aku semasa membesarkan kami adik beradik.

Kini, tibalah masa untuk aku membalas jasa emak...Walau berjuta wang aku kirimkan pada mak namun tidak terbanding dengan curahan kasih sayang emak pada aku. Tiap kali aku kenangkan masa lalu semasa emak membesarkan aku, pasti ada titisan air mata yang mengalir. Terlalu besar pengorbanan emak.

Mak, terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang mak terhadap abang...kerana didikan mak, abang berjaya...Semoga Allah panjangkan umur emak dan mengurniakan kesihatan yang baik untuk emak...

SELAMAT HARI IBU....MAK...~