ads

Sabtu, 31 Januari 2009

Menanti di Barzakh....

Hayati la lirik lagu ini supaya kita sentiasa mengingati....

Menanti Di Barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Jumaat, 30 Januari 2009

Galileo Galilei.....

Assalamualaikum WBT....

Emm,,cuti pertengahan semester dah hampir habis. Student2 lain ramai da stat balik. Biasalah, bile da ramai yg da balik memang kedengaran la bunyi bising di kolej kediaman ni. Aku pun kadang2 fedup gak ngan diorang yg suke buat bising ni. Nak buat assignment(kononnye la,,hehe) pon tak senang. Tapi tak kisah la. Selagi aku boleh bersabar, aku sabar je la. Harap sabar aku ni tak ade batasnye. Takut jugak kalau hilang kesabaran ni, tambah-tambah aku ni seorang yg suke memendam perasaan. Walau macam mane pon, aku akan sentiasa bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman. Kalau dah rase macam nak marah tu, ade la carenye nak kite nak kurangkan contohnye tutup muke dengan bantal, lps tu jerit la sekuat-kuat hati(
care ni aku tgk dlm lilo & sticth), hehe....Selain tu jugak, care yang paling sesuai oleh kite sebagai seorang Muslim, adalah dengan mengambil wuduk dan sembahyang sunat 2 rakaat(yg ni aku bace dlm buku, tapi jarang amalkan sebab jarang marah orang, hehe).

Emm, hari aku ade tonton satu cerite jepun, menarik cerite ni. Tajuknye 'galileo'. Cerite ni mengisahkan seorang profesor universiti Teito yang ' tensai' atau genius. Namenye Yukawa Manabu. Die diberi gelaran sebagai ' si pelik galileo' oleh pelajar dan jugak staf universiti di situ. Nak dijadikan cerite, Prof Yukawa ni sering membantu Seorang detektif polis yang bername Utsumi untuk menyelesaikan kes-kes jenayah yang misteri. Cume care yg dilakukan oleh Yukawa ni amat menarik minat aku . Die dapat membentuk satu teori atau hipotesis daripada formula-formula yang die terbitkan sendiri secare
spontan. Kadang-kadang aku tak faham formula ape yang die tulis. Walau macam mane pon, daripada hipotesis die buat, die seterusnya akan menjalankan eksperimennye sendiri. Mase die buat eksperimen ni la paling aku suke tgk. Sangat-sangat menarik. huhu... kalau kawan-kawan nak berminat nak tgk jugak, boleh download cerite ni kat www.sars-fansub.com...Cerite ni sesuai untuk student terutamenye yang ambil bidang fizik, engineering dan sbgnye. Rugi tak tgk. Apesal la kat TV takde nak siarkan cerite2 yg bermanfaat mcm ni. Ni asyik2 cerite cinte, cerite dongeng la, indon la...naik menyampah aku...teladan ape yg nak disampaikan pon aku xtau...


Daripada cerita galileo jepun yang aku tgk, aku berminat nak tau lebih mendalam siape sbnrnye si Galileo ni. Daripada pembacaan aku, name yg sering aku bace Galileo Galilei. Dilahirkan pada 15 Febuari 1564 di Pisa, Italy. Beliau merupakan anak sulung daripada 7 adik beradik. Ayah die ni seorang 'musician'. Ayah die ni mahukan si Galileo ni ceburi bidang perubatan sebab senang nak dapat duit dengan buat ubat. Namun, mase umor die 11 tahun, ayah die hantar pegi gereje untuk dalami ilmu agame plak(pelik2 la ayah die ni). 4 tahun kemudian, Galileo ni bagitau ayah die yg die nak jadi sami. Tapi, ayah die pulak tak brape nak setuju dengan anaknye itu. Jadi, Galileo pon ambil keputusan keluar dari gereje. Mase
die umor 17 tahun(tahun 1581), die masuk la University of Pisa, Italy untuk ambil bidang perubatan. Sehinggalah umor die 20 tahun, mase die kat gereje, die tgk ade lampu gantung yg sedang berayun. Rase curious die buat kan die duduk perhati sambil mengire tempoh ayunan dengan denyutan nadi die. Setelah itu, die telah berjaye menemui sesuatu yg tak pernah orang lain sedari yang mane tempoh bagi setiap ayunan lampu itu adalah sama. Daripada penemuan beliau, lahirlah 'the law of pendulum'. Dan daripada hukum yg die cipta, lahirlah satu rekaan yg dipangil 'jam'. Itulah serba sedikit tentang Galileo ni. Nak tau lebih lanjut, carilah kat internet ni....Tapi kan, oleh kerane merasakan kehidupan di univeriti ini membosankan, Galileo telah keluar dari univerisiti tanpa mendapat ijazah...Erm,,agaknye die da hilang minat dengan bidang perubatan...huhu..

Ok la,, nak sambung buat esemen..esemen oh esemen....Assalamualaikum...


Selasa, 27 Januari 2009

Pembuka Bicara...


Asslamulaikum WBT....

Nama aku Akram.Nama yg panjang Nik Mohd Akram bin Rosli.Pasti ada yang tertanya-tanya kena
pa nama ayah aku tak ada 'Nik'. Sebabnya ayah aku asalnya dari Negeri Sembilan dan berkahwin dgn mak aku yang berasal dari Besut, Terengganu. Pada nama mak aku pula bermula dengan 'Che Ku'. Menurut atuk aku atau lebih selesa aku panggil to'ki, gelaran seperti 'Che Ku', 'Nik' dan 'Wan' ni asalnya daripada pembesar-pembesar istana zaman-zaman dulu. Haa, dipendekkan cerita, kate mak aku, bila dah kahwin dengan 'orang luar', gelaran 'Che Ku' terus kene tukar jadi 'Nik'. Huhu. sebab tulah nama aku mula dengan 'Nik' dan bukannya 'Che ku'. Kalau mak aku kahwin dgn orang yang sekampung, name aku skrg mungkin jadi Che Ku Mohd Akram da...hehe..Erm, umor aku lak skrg 21thn 3bulan 4hari...lahir kat HUSM Kubang Kerian pada pukul 5.15ptg dengan berat 3.5kg...haha..sume nk tulis...


Apa yang menarik
tentang aku?
Aku sendiri tak tau ape yang menarik tentang diri aku ni. Nak kate berharte, aku pon pinjam PTPTN. Nak kate hensem, tak jugak, nak kate macho,emm,,ade la jugak,,hehe..tapi yg pasti aku ni ade kelebihan dan kekurangan. Cuma aku masih lagi tercari-cari di mana kelebihan aku tu. Matlamat hidup aku, aku nk jadi manusia yg sebenarnya manusia. Nampak cam pelikkan? tapi cuma aku saje yg memahaminye.

Aku sekarang menuntut kat Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Sekarang dah Semester ke 6. lagi setahun je nak grad. Aku amik kos pendidikan fizik(mantap tuh, subjek susah ni,haha). Cita-cita aku bukanlah nak jadi guru, tapi entah macam mane aku boleh tercampak masuk ke sini. Tapi ma
cam mana sekalipun cabarannya, aku tetap akan teruskannya. Mungkin ini perkara yang aku tak suka, tapi aku terfikir mungkin ada hikmah disebaliknya. Dalam al-Quran juga ade menyebut, bunyi nye lebih kurang...Kamu mungkin tidak menyukai sesuatu, sedangkan perkara itu adalah baik bagi kamu dan kamu mungkin menyukai sesuatu, sedangkan perkara itu lebih buruk untuk kamu....ayat ni banyak tafsirannya, tapi aku hanya mengaitkan dengan hidup aku saja. Aku tau cabaran dan kesusahan sedang menunggu aku. Tapi kalau dah diberi tanggungjawab, aku akan pastikan aku melakukan sebaik mungkin.

Oh ya, kat UPSI jugak aku sertai PALAPES atau panjangnya pasukan latihan pegawai simpanan. Sekarang dah senior. Tinggal satu sem ni je, aku harap dapat terus bertahan sampai tauliah. Dalam PALAPES ni banyak perkara aku pelajari terutama tentang displin. Aku ni nak kate berdisplin sangat takdela jugak. tapi aku sentiasa mencuba untuk mendisplinkan diri. Displin yg selalu ditekankan contohnya tentang Personal drill, menepati masa, dan hormat-menghormati. Seronok dan kelakar juga kadang2 bila fikir balik masa mula2 masuk PALAPES ni, macam orang bodo je. Senior aku mase tu memang menggerunkan aku tgk, sbb tu la ape diorg suh buat aku buat je. Mmg tension mase tu. Sampai rase nak keluar baris. Tapi kate2 dari seorang senior buatka
n aku rase tercabar jugak. Aku ingat lagi die kate kat aku"aku nak tengok kau sekurang2nya ade junior kau sendri". tercabar la jugak. Senior tu memang kadang2 aku rase takut tgk die. Sape lagi kalau bukan Tuan Beardi. huhu...tapi aku tetap hormat die. sebab die la aku bertahan sampai skrg. Lagi pasal Palapes ni, aku da rase macam2 la, kene sepak, penampar, berguling la...haha...tension mmg tension..tapi bila fikir balik ade baiknye jugak kalo kene. Baru la sedar diri...hehe..emm,,xtau la macam mane rase slps tauliah nanti.Dah tak bersame palapes. mungkin aku akan rase rindu dengan zaman kadet ni...banyak kenangan yg indah2 yg xdapat dilupakan.huhu..jiwang la plak...

Emm,,,rasenye setakat itu sajelah buat pembuka bicara kali ini...Lepas ni kalu rajin aku blogging la lagi...huhu..okes da. assalamualaikum....